Bahagian 1 : Perbelanjaan Mengunakan Sampul, Teknik Lama Tapi Masih Power

Bahagian 1 : Perbelanjaan mengunakan sampul, teknik lama tapi masih power

Hari ini saya hendak berkongsi berkaitan “Perbelanjaan Mengunakan Sampul” atau “Envelope Budgeting”. Teknik ini bukanlah perkara baru tetapi telah lama digunapakai oleh orang ramai dan banyak diajar oleh Financial Planner.

Saya ada menerima beberapa pertanyaan mengenai mereka yang berminat menceburi bidang hartanah dan tidak kurang juga berkaitan masalah kewangan. Jesteru itu elok saya berkongsi teknik ini yang diajarkan oleh kawan isteri saya ketika kami baru berumah tangga dan teknik ini banyak membantu kami dalam mengurus perbelanjaan.

Kalau tidak silap, ada dua perkara yang diajar kepada kami iaitu teknik ini dan simpanan berkala melalui ASB OD yang beliau belajar daripada seorang cerified financial planner di Putrajaya.

Saya sangat berterima kasih kepada beliau, walaupun ilmu sedikit tetapi cukup effective. Saya rasa ia amat bersesuaian kepada golongan yang baru berkhawin atau belum pernah buat perancangan perbelanjaan lagi, mungkin ini boleh membantu

Teknik Perbelanjaan Mengunakan Sampul terbahagi kepada 2 bahagian

1) Knows your financial expenses
2) Perbelanjaan mengunakan sampul

Bahagian 1 : Knows your financial expenses

Bagi memudahkan tuan puan, saya sertakan pre-filled financial expenses template dan boleh download dibawah

Download Financial Expenses Templates

#1 – Senarai dan kategorikan perbelanjaan

financial-expenses

Perkara yang pertama perlu dilakukan dalam langkah ini adalah menyenaraikan semua perbelanjaan dalam setahun dan menyusunkan mengikut kategori, sebagai contohnya, diapers, susu bayi, baby sister diletakkan dibawah baby items atau semua pinjaman kereta, personal loan, ASB loan dalam kategori Loan.

Dengan menyenaraikan semua perbelanjaan ini kita akan faham kemana duit kita keluar dan berapa jumlah yang dibelanjakan.

Pada peringkatan ini, hanya perlu senarai dan letakkan jumlah perbelanjaan yang diperlukan diruang monthly , quarterly dan yearly. Selepas proses ini, tuan puan mungkin akan terkejut bertapa banyak jumlah wang yang diperlukan untuk menyara sebuah keluarga dalam setahun.

Perlu diingat semua perbelanjaan diperlu disenaraikan termasuk perbelanjaan percutian, balik kampung, insuran, cukai jalan kereta dan sebagainya

#2 – Set aside sejumlah wang untuk simpanan

Suka saya ingatkan bahawa walaupun perbelanjaan kita banyak, sebaik-baik hendak set aside sedikit duit untuk sebagai simpanan walaupun kita tidak ada masalah
kewangan, bagi saya yang terbaik adalah 20% daripada gaji kasar. Kalau tidak mampu sebagai permulaan, mulakan sedikit dengan jumlah 10% atau 5% atau RM200 sebulan.

Kalau kita anggap kita sebagai asset, simpanan inilah dikatakan positive Cashflow. Simpanan boleh dimasukkan kedalam account yang susah hendak keluar dan dibayar dividen seperti tabung haji atau ASB.

Secara jujurnya, andainya kita sudah kerja 5 tahun, tetapi tiada nilai simpanan , maka kita bukanlah asset yang bagus di kaca mata kewangan, mungkin boleh dianggap libiality atau “ bebanan”.

#3 – Tukarkan jumlah tahunan kepada bulanan

convert-yearly-to-monthly

Selalunya dalam perbelanjaan kita harian, kita sering tidak ambil kira perbelanjaan tahunan atau quarterly , sebagai contohnya penyengelaraan kereta, balik kampung, pembaharuan road tax.

Semua perbelanjaan ini hendaklah di prorate kepada bulanan supaya jumlah yang diperlukan telah dikumpul terlebih dahulu. Dengan ini tidak perlu terasa tercekik apabila tiba masa diperlukan, hanya perlu keluarkan daripada tabungnya sahaja.

Dan tabung ini hendaklah diasingkan daripada tabung simpanan, salah satu kesilapan kebanyakan orang adalah dengan mencampurkan jumlah perbelanjaan ini dengan simpanan, dengan ini ia akan melatih kita secara tidak mengeluarkan wang simpanan yang sepatutnya disimpan.

Sebagai contohnya, insuran kereta RM1200 setahun , jadi dalam sebulan hanyalah perlu anggap perbelanjaan sebanyak RM100 sebulan dan perlu set-aside dan dimasukan dalam tabung maintenance kereta

#4 – Assign siapa yang bertanggungjawab untuk membayar

Langkah seterusnya, setiap perbelanjaan hendaklah assign dibayar oleh suami atau isteri, terbaik adalah mengikut kepakaran masing-masing, sebagai contohnya berkaitan kereta dipertanggungjawab oleh suami dan barangan dapur oleh isteri.

Langkah ini dibuat tanpa perlu mengira jumlah pendapatan suami atau isteri terlebih dahulu sebab langkah ke-6 akan dihurai lebih lanjut.

Perlu diingat, tanggungjawab mengikut kepakaran, kalaulah membeli barang rumah diamanahkan kepada saya, maka tidak sempurna lah hidangan rumah, saya boleh membeli ayam, tetapi tidak tahu apa barang lagi yang diperlukan untuk sesuatu menu. Hmmm.. atau saya kasi alasan untuk beri tanggungjawab ini kepada isteri kot..

#5 – Adjust perbelanjaan mengikut jumlah pendapatan

Langkah ini amat penting , sekiranya jumlah perbelanjaan melebihi pendapatan. Selalunya perbelanjaan yang boleh diubah ialah perbelanjaan percutian, sara hidup, entertainment, pakaian baru dan sewaktunya dengan nya

Yang menarik tentang proses ini, barulah tuan-puan akan nampak dekat mana perlu dibuat tindakan susulan sebagai contohnya trim down jumlah astro channel, trim down broadband package, life insuran yang mana tidak diperlukan , mungkin akan plan buat debt consolidation hutang credit card dan personal loan dan baru fikir hendak buat part-time work.

Macam-macam idea akan timbul kelak dalam proses ini, barulah hendak pergi tanya bank tentang apa produk yang diaorang offers. Banyak ilmu financial saya dapat hasil proses ini since saya sebagai ketua keluarga. Disini saya nampak seolah-olah saya perlu buat sesuatu untuk masa depan saya, anak-anak dan isteri.

#6 – Setkan jumlah wang yang hendak dipindahkan kepada isteri

transfer-to-wife

Apabila selesai langkah 5, disitu akan nampak berapa jumlah yang diperlukan oleh isteri dan setkan jumlah yang hendak ditransfer kepada isteri atau sebaliknya.

Anggaplah ini sebagai nafkah kepada isteri, padahal ia digunakan untuk perbelanjaan keluarga. Dengan ini segala perbelanjaan dapat dilaksanakan dengan mudah. Dan tidak perlulah isteri kasi hint ada barang yang hendak dibeli. Sebaiknya lepas dapat gaji, buatlah fund transfer kepada isteri.

#7 – Review dan repeat proses

Langkah ini perlu dilakukan jikalau terdapat perubahan kepada pendapatan atau perbelanjaan baru terutamanya apabila ada kenaikan gaji diawal tahun ini. Kalau tiada pertambahan perbelanjaan tetapi ada penambahan pendapatan, cubalah memperbanyakan simpanan.

Ada beberapa pakar kewangan mencadangkan agar 30% daripada pendapatan kasar, digunakan untuk simpanan. Secara jujurnya, saya pun belum mencapai tahap 30% untuk simpanan daripada gaji.

Penutup

Memandangkan sudah panjang sangat Bahagian 1 ini , saya akan sambungkan Bahagian 2 mengenai implementasi perbelanjaan mengunakan sampul.

Saya masih ingat apabila pertama kali saya dan isteri buat Bahagian 1 pada awal tahun 2008, walaupun dah habis punya adjust, perbelanjaan kami negative RM80.

Saya harap tuan-puan boleh dapat manafaat dari post ini ,yang belum ada rancangan perbelanjaan boleh mulakan sekarang sementara saya karangkan Bahagian 2

Sambungan Bahagian 2 : http://jamallife.com/2013/bahagian-2-perbelanjaan-mengunakan-sampul-teknik-lama-tapi-masih-power/

4 thoughts on “Bahagian 1 : Perbelanjaan Mengunakan Sampul, Teknik Lama Tapi Masih Power

  1. Pingback: Bahagian 2 : Perbelanjaan mengunakan sampul, teknik lama tapi masih power | Jamal Life

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *