Bahagian 2 : Perbelanjaan Mengunakan Sampul, Teknik Lama Tapi Masih Power

Bahagian 2 : Perbelanjaan mengunakan sampul, teknik lama tapi masih power

Ulasan daripada post yang sebelum ini, teknik perbelanjaan mengunakan sampul yang saya gunakan ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu

1) Knows your financial expenses
2) Perbelanjaan mengunakan sampul

Kepada yang belum lagi membaca Bahagian 1, sebaiknya baca terlebih dahulu di link dibawah

http://jamallife.com/2013/bahagian-1-perbelanjaan-mengunakan-sampul-teknik-lama-tapi-masih-power/

Secara ringkasnya Bahagian 1 menitik berat kepada perancangan perbelanjaan dan hendak dilakukan secara terperinci dan perbelanjaan yang sama jenis hendak dikategori dalam satu kategori.

Bahagian 2 ini lebih kepada implementasi perancangan perbelanjaan, personally saya amat suka kaedah ini sebab caranya amat simple dan tidak perlu tracking perbelanjaan seperti kebanyakan tips-tips yang terdapat di internet. Implementasi teknik ini memerlukan beberapa langkah perlu dilakukan.

envelope_budget_01

Langkah #1 : Isikan duit kedalam sampul dan set a side duit ke dalam tabung

Pada langkah pertama, berdasar perancangan yang kita buat sebelum ini, semua perbelanjaan quarterly atau tahunan perlu di transfer kepada account bank yang lain dan dilabel mengikut kategorinya, jangan campurkan sekali dalam akaun gaji, manakala perbelanjaan tetap seperti pinjaman perumahan, pinjaman peribadi hendaklah dimasukan kedalam account OD atau account bank yang lain juga dan digunakan bila hampir dekat due-date.

envelope_budget_02

Kemudian barulah keluarkan duit cash dan masukkan duit kedalam sampul masing-masing yang dilabel mengikut perbelanjaan,contohnya dapur, minyak kereta , hiburan. Tajuk teknik ini mengunakan sampul, dan memang betullah kena guna sampul, apa-apa sampul pun boleh. Saya dulu suka mengunakan sampul duit raya yang syarikat berikan, sebab size nya kecil dan muat-muat dengan duit.

Langkah #2 : Assign sampul mengikut kepakaran atau tempat

Sampul yang berisi duit itu hendaklah diberi tanggungjawab mengikut kepakaran sama seperti bahagian 1. Selalunya duit minyak dan toll saya akan letak dalam satu sampul dan letak dalam kereta, jadi dalam satu-satu masa dulu dalam RM300 hingga RM500 ada dalam kereta. Tapi nak ingat itu dulu, sekarang sudah tidak guna teknik ini , jadi dah tiada.

Langkah #3 : Apa lagi kalau dah ada duit, shopping jela

dia-household

Apa yang hendak ditekankan disini, semua perbelanjaan hendaklah mengunakan cash yang ada dalam sampul tu, contohnya bila hendak pergi beli barangan dapur, maka bawa sampul barangan dapur. Seboleh-bolehnya jangan mengunakan kredit kad.

Secara phsycology nya, bila kita nampak duit kertas keluar atau semakin hendak habis, kita akan restrain diri kita daripada membeli pekara yang tidak diperlukan, kalau hendak beli perkara nice-to-have, boleh guna sampul hiburan.

Secara amnya, bila duit sesuatu sampul dah habis, perlu balik rumah duduk diam-diam.

Langkah #4 : Review dan reset sampul

Berdasarkan pengalaman saya, sampul hiburan dan minyak kebiasaan akan mempunyai lebihan setiap bulan. Lebihan ni akan dibawa ke bulan hadapan. Kalau lebihan hiburan banyak boleh lah bawa isteri makan dekat KL Tower.

Langkah 4 ini ada 2 perkara, yang pertama reset sampul iaitu selalunya bila dah 3 atau 4 bulan, kalau ada lebihan, kosongkan (reset) sampul dan masukkan duit itu kedalam account bank samaada account simpanan atau account perlancongan supaya bila melancong ada lebihan banyak sikit.

Yang kedua adalah review kembali sampul atau perancangan bahagian 1, terutama bila ada banyak lebihan sesuatu sampul atau sesuatu sampul lain asyik habis awal. Sebab kemungkinan besar kita, overestimate perbelanjaan.

Penutup

Berdasar pengalaman saya mengunakan kaedah ini hampir 4 tahun, ia sangat efektif sebab tidak perlu monitor duit yang keluar, bagi saya ia sistem yang lengkap by itself, bila dapat gaji , masuk sampul, kemudian belanja, habis duduk diam. Selalunya semua sampul akan mempunyai baki diakhir bulan.

Dulu ingat lagi, bila buat perancangan perbelanjaan macam tidak cukup RM80, tapi bila guna kaedah ini, ada lebihan lagi. Walaupun saya macam tiada duit yang cukup, boleh dikatakan hampir setiap tahun sekurang-kurangnya dua kali akan pergi bercuti oversea trip bersama keluarga setiap tahun. Cuma tahun ini lebih sikit empat kali. Semua pakai “Everyone can fly”, kadang-kadang sahaja MAS

Untuk makluman masa saya karangkan post ini, saya ada buat searching tajuk “envelope budgeting”, saya jumpa testimonial seorang perempuan sudah gunakan teknik hampir 30 tahun.

Saya harap tuan-puan boleh dapat manafaat dari post ini ,yang belum ada rancangan perbelanjaan boleh mulakan dan gunakan teknik ini untuk mengawal perbelanjaan anda.

start-today

4 thoughts on “Bahagian 2 : Perbelanjaan Mengunakan Sampul, Teknik Lama Tapi Masih Power

  1. Pingback: Bahagian 1 : Perbelanjaan mengunakan sampul, teknik lama tapi masih power | Jamal Life

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *