Best Betul Dengan Adanya Overdraft

Best betul dengan adanya Overdraft

Malam ini tiada pengkongsian, saja hendak post screenshot untuk membakar semangat kawan-kawan tentang kelebihan Overdraft account. Selalunya awal bulan saya akan uruskan semua payment, apatah lagi besok hendak balik kampung, jadi siap-siap settlekan hutang yang keliling pinggang ini, sempat juga saya screenshot overdraft account yang bersandarkan hartanah ni.

OD1

Kalau dilihat diatas, ini adalah Overdraft mengunakkan hartanah dengan fasiliti kredit limit RM315K@35tahun, BLR-2. Kalau mengunakan term loan saya perlu bayar RM1600 sebulan, Disebabkan saya baru ambil sedikit RM123K, jadi saya hanya perlu bayar minimum interest sebanyak RM480.

Kalau tanya dengan saya tentang pinjaman, secara am kalau orang yang suka bank uruskan kewangan kita ambillah pinjaman term loan, kalau hendak uruskan kewangan sendiri, pinjaman yang mempunyai overdraft account adalah lebih baik. Contohnya diatas, kalau saya nak rolling duit dulu, saya hanya perlu bayar minimum RM480, RM1120 saya boleh guna untuk perkara lain dulu.

Mungkin post yang akan datang saya akan huraikan lebih terperinci tentang Overdraft termasuk dengan beberapa contohnya sebenar

Selamat malam

12 thoughts on “Best Betul Dengan Adanya Overdraft

    1. Jamal Post author

      Saya memang “mengunakan” bank product, saya akan cuba post sedikit demi sedikit, apa yang saya buat. Insyaallah, kalau nak post semua macam kena buat buku pun tak habis, sebab saya buat ni since 2008

      Reply
  1. khairiah

    terima kasih untuk sharing ni, saya kalau boleh nak tau pasal overdratf ni lebih2 lagi kalau ada rumah yg dah settel loan dengan lebih details. tq

    Reply
    1. Jamal Post author

      Wsm, proses dan kosnya macam refinance rumah juga, maksudnya no 1 and 3 shj , but stampy duty for loan sahaja. Beza dengan refinance ialah apabila harga rumah naik, kita boleh apply credit limit yang tinggi dengan membayar valuation fee shj

      Reply
  2. azman

    salam en jamal,
    boleh tak saya buat od against property yang dah habis bayar.
    tadi saya gi bank rhxx ,officer tu kata dia tak ambik rumah yg dah habis bayar
    tapi kalau rumah tu masih ada loan ,boleh pulak.
    boleh tak cadangkan bank yg bagi od against property yang dah habis bayar.
    tq

    Reply
    1. Jamal Post author

      OD against property sememang memerlukan property yang dah habis bayar. Basically semua bank ada offer facilities ini. Saya kurang pasti kenapa beliau cakap macam tu.

      Or tuan boleh beritahu beliau utk remortgage rumah dengan flexi loan, still lebih kurang gak

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *