Buku Yang Wajib Anda Baca : Zero to Hero

Buku Yang Wajib Anda Baca : Zero to Hero

Memandang kategori URUS DIRI masih belum ada lagi post, Jadi saya kongsikan sedikit buku yang membuat saya “think differently”.

Tadi tercari-cari tajuk yang sesuai dengan post ini, antaranya “Jangan Baca Buku Ini Jika Anda Suka Kerja Anda” dan paling extreme ialah “Buku Yang Patut Diharamkan Oleh Majikan”. Akhirnya pilih tajuk diatas supaya nampak ringan dan konsevertif sedikit.

Selalu orang tanya saya, buku apa yang disyorkan diaorang baca kalau hendak melibat diri dalam hartanah. Walaupun banyak buku yang bagus, saya cuma syorkan baca 2 buku ini terlebih dahulu yang ditulis oleh Robert Kiyoksi.

1) Rich Dad and Poor Dad
2) Cashflow Quadrant

Saya tahu ramai sudah baca, tetapi yang masih belum baca, adalah disaran untuk membaca 2 buah buku ini terlebih dahulu. Bacalah pada waktu yang tenang dan cuba faham message hendak disampaikan. Selalunya saya cakap, andainya kalau selepas baca tidak rasa apa-apa “karan” , maka diorang belum sesuai lagi untuk terlibat dalam business atau pelaburan hartanah, simpan sahaja buku ini dan dibaca lagi dalam 2-3 tahun kemudian.

Tapi kepada yang dah baca dan ada karan, jangan pula cepat-cepat tulis surat berhenti kerja macam Robert Kiyoksi yang akhirnya tidur dalam kereta. Kerana di Malaysia, kalau tiada kerja yang tetap dan stabil susah mendapat layanan istimewa oleh pihak bank.

Quadrant yang famous didalam buku ini ialah seperti dibawah, saya tidak mahu huraikan kandungan buku ini, biarlah menjadi kejutan kepada pembacanya

jenis-quadrant

Sekian dahulu malam ni dan selamat shopping buku dekat big bad wolf book wholesale minggu depan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *