Hendak Melabur Tapi Duit Gaji Pun Cukup-cukup Untuk Hidup Sahaja, Apa Nak Buat ?

Hendak melabur tapi duit gaji pun cukup-cukup untuk hidup sahaja, Apa nak buat ?

Sempena awal tahun baru islam ini, saya hendak kongsi satu lagi keluhan seorang kenalan. Saya rasa mungkin bermanafaat untuk kawan-kawan juga, Yang menarik beliau nampak bersemangat hendak mengambil kisah masalah kewangan beliau yang selama ini tidak diperdulikan, mungkin kesedaran disebabkan faktor usia

Seperti biasa, saya selalu mencadangkan sebanyak mana pun kita bergaji, kita kena set aside untuk simpanan sebab ia adalah cashflow kita sebagai asset walaupun sedikit. Soalan yang diaju oleh beliau, beliau memang hendak mula melabur tapi duit gaji yang dapat pun cukup-cukup untuk bayar commitment, macammana nak melabur?

Banyak perkara yang beliau kena lakukan, saya cuma hendak kongsi satu perkara yang kebanyakan kita mungkin tidak mengambil kisah kewujudan peluang ini.

Sedikit maklumat berkaitan beliau

Beliau membayar sebanyak RM1350 sebulan untuk rumah beliau dan mempunyai baki dalam KWSP akaun 2 lebih kurang RM40K.

Apa yang beliau hendak buat ?

Secara puratanya KWSP hanya memberi dividen dalam 4% setahun, cuma baru-baru ini sahaja yang KWSP beri hampir 6%. Alangkah bagus jikalau boleh utilise untuk memberanak pinak lagi duit ini. Cara yang saya cadangkan kepada beliau ialah dengan menguna pakai Skim Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan KWSP.

Teknik-KWSP-invest

Seperti gambar diatas, dipendekan cerita, ada 4 langkah yang perlu beliau lakukan

Langkah #1 – Pohon pengeluaran ansuran pinjaman perumahan KWSP

Beliau perlu membuat permohonan pengeluaran akaun 2 KWSP untuk membayar ansuran bulanan pinjaman. Untuk makluman KWSP ada memberi dua jenis kemudahan pengeluaran berkaitan perumahan iaitu pengeluaran untuk pembiayaan deposit atau settlement berkala dan pembayaran assuran bulanan. Saya tidak mengalakkan pengeluaran settlement berkala kerana duit tersebut akan dapat terus ke bank, saya lebih suka ansuran.

Untuk kes ini, beliau akan memperolehi sebanyak RM1350 sebulan untuk membayar bebanan hutang bayaran ansuran terus ke bank.

Langkah #2 – Mula simpan di ASB

Duit yang sepatutnya digunakan untuk membayar ansuran bulan sebanyak RM1350, boleh disimpan di ASB sebab pada ketika ini ASB memberi pulangan yang konsiten 8% dan terdapat jaminan modal. Atau pada yang was-was dengan ASB, boleh guna tabung haji atau masih was-was lagi, boleh simpan dibawah bantal. Janji simpan.

Suka saya ingatkan bahawa duit KWSP adalah untuk simpanan hari tua kelak, andainya duit ini digunakan hangus, maka teramatlah rugi. Seolah-olah anda sudah tempah satu katil di rumah penjagaan orang tua.

Langkah #3 – Cukup haul, tambah asset

Kalau disimpan selama setahun, beliau akan memperolehi jumlah simpanan sebanyak RM1350 X 12 = RM16200. Bolehlah digunakan untuk membuat downpayment membeli rumah baru untuk pelaburan. Sebolehnya carilah rumah yang sewanya boleh cover bayaran bulanan.

Langkah #4 – Keep rolling

Hanya ulangi langkah 2 dan 3 untuk tahun seterusnya untuk menambah satu lagi asset.

Penutup

Saya berharap post ini dapat memberi ihlam atau idea kawan-kawan yang lain untuk menguna pratikkan teknik pelaburan melalui KWSP.

Selamat malam

14 thoughts on “Hendak Melabur Tapi Duit Gaji Pun Cukup-cukup Untuk Hidup Sahaja, Apa Nak Buat ?

  1. Pingback: Sumber Modal Hartanah : Pengeluaran KWSP | Jamal Life

  2. Hazwan Zainal

    Salam bro.
    Mengenai Langkah 4, adakah KWSP akan membenarkan pengeluaran untuk bayar installment rumah ke 3, ke 4 dan seterusnya?
    Juga, dalam meneruskan langkah2 ini, kita harus assume gaji naik setiap tahun supaya DSR rendah.

    Reply
    1. Jamal Post author

      Untuk KWSP, Hanya 1 rumah sahaja, tidak kisah rumah yang mana nak declare.

      Untuk turunkan DSR
      1) Kena selalu susun semula hutang supaya bulanan commitment menjadi rendah
      2) Kenaikkan gaji salah satu
      3) Kenaikan sewa rumah sekitar 5% to 10% setahun juga dapat mengurangkan DSR

      Reply
    1. Jamal Post author

      Boleh, tapi yang ni kena pergi mengadap kaunter KWSP,saya kurang mahir tentang procedure terbaru, setahu saya lebih senang kalau letak both name dalam SPA

      Reply
      1. Azhar

        Salam,
        Waktu saya beli rumah dulu2,
        Atas nama Isteri dan letak nama saya sekali atas SPA tu..
        Dah buat pengeluaran KWSP akaun 2 waktu tu..

        Kalau sekarang nak keluarkan KWSP akaun 2 lagi utk kurangkan bulanan,
        Duit tu terus bayar ke Bank atau masuk ke akaun saya?

        Reply
          1. Azhar

            Salam,

            Kalau pinjaman perumahan kerajaan,
            Nak dapatkan penyata pinjaman & baki hutang tu,
            memang kene pergi bahagian perumahan Putrajaya ker?

            Jadi kalau ansuran KWSP dikreditkan ke akaun sendiri,
            Pembayaran pinjaman perumahan kerajaan kena pergi putrajaya jugak ker?

            Boleh ke kita mintak penyelesaian untuk bayaran pengurangan prinsipal sahaja?

            Maaf banyak soalan..

          2. Jamal Post author

            1) Untuk pinjaman perumahan kerajaan saya tidak pasti, tetapi selalu bahagian pinjaman boleh keluarkan penyata pinjaman.
            2) Yes boleh untuk masukkan kedalam account sendiri
            3) Untuk kurang principal bergantung dengan jenis pinjaman(flex or non flexi) yang kita ambil, if non-flex kita kena pergi bincang dulu dengan pihak pemberi pinjaman. Selalunya kena tulis surat dulu. Diaorang kena buat recalculation balik, kalau tidak diaorang akan kira advanced payment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *