Jualan Barang Kemas Yang Pertama. Berapakah Keuntungan Saya ?

Jualan barang kemas yang pertama. Berapakah keuntungan saya ?

Minggu ini saya ada membuat jualan barang kemas pertama saya iaitu berupa 2 rantai tangan pasir 10g setiap satu. Alhamduliah dalam masa 5 jam, barang kemas tersebut di “lock” oleh rakan-rakan facebook.

Sebelum tu, saya amat terasa berat hendak jual apabila terima stok kerana harga barang sangat murah sesuai untuk buat Ibu Emas dan harga jual pun murah juga.

Dalam proses menceburi bidang emas ini saya sudah outline beberapa pekara yang saya perlukan lakukan atau mahir sebelum saya all-out, selain belajar mengenai yang mana tulen dan palsu, feel menjual adalah salah satu pekara yang perlu ada.

Apa yang saya dapat daripada penjualan tersebut ?

# 1 – Keuntungan kewangan

Kalau nak di kira keuntungan hanyalah RM1/gram , sepatutnya jumlah keuntungan adalah RM20, di sebabkan saya buat round to nearest RM10, maka jumlah keuntungan RM10 sahaja. Tetapi telah digunakan untuk layan cendol petang tadi, jadi yang tinggal jumlah modal sahaja.

# 2 – Keuntungan kiraan pendapatan

Seperti dalam post yang saya sebelum ini, tujuan tidak langsung saya ceburi bidang ini adalah untuk menambah pendapatan company, jadi pendapatan company saya sudah meningkat sebanyak RM2800 pada bulan ini. Jumlah yang diambil kira oleh bank ialah 5% X RM2800 = RM140, yang boleh digunakan sebagai supporting pendapatan terhadap pemohonan pinjaman saya kelak.

Sila layari link dibawah untuk mengetahui lebih lanjut
http://jamallife.com/2013/kenapa-saya-mula-terlibat-dalam-pelaburan-emas-apa-kaitan-dengan-pelaburan-hartanah-saya/

# 3 – Shortlist trusted supplier

Ada dua supplier yang saya dapatkan stock pada minggu lepas , alhamduliah kedua-dua supplier yang saya berurusan cukup bagus. Walaupun bagaimanapun hanya satu supplier sahaja yang saya akan teruskan pembelian dengan nya andai menawarkan harga yang bagus. Satu supplier mungkin tidak diteruskan lagi walaupun punya sikap yang dipuji tetapi kurang sense of urgency. Bagi saya sense of urgency dan tunaikan apa yang dijanjikan adalah perkara penting dalam perniagaan bukan harga yang penentu.

# 4 – Build-up customer list

Walaupun baru menjual, alhamduliah kedua-dua customer percayakan saya siap bank-in duit terlebih dahulu tanpa dapat barang lagi dan jesteru itu saya cuba tidak menghampakan mereka. Dalam perniagaan adalah lebih senang menjual barang kepada pelanggan sedia daripada mencari pelanggan baru. Dengan ini saya sudah mempunyai dua pelangan.

Kalau rasa post saya ini bermanafaat, sila share dan like agar kawan-kawan lain dapat manafaat juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *