Kalau Beli Rumah Lelong Secara Tunai, Dokumen Apa Patut Dapat ?

Kalau Beli Rumah Lelong Secara Tunai, Dokumen Apa Patut Dapat ?

Kebanyakan orang membeli rumah lelong secara pinjaman dengan bank dan cuma beberapa kerat sahaja yang membeli secara tunai kerana kebanyakan orang pendapat membeli secara tunai adalah merugikan. Saya sememangnya berpendapat yang serupa pada asasnya tetapi tujuan saya membeli secara tunai adalah kerana ini mempraktikan satu teknik saya fikir menarik untuk mengelakkan kehabisan duit membeli rumah. Saya akan kongsikan teknik ini dikemudian post kelak.

Hari ini saya hendak kongsi dokumen-dokumen yang patut anda dapat apabila membeli rumah lelong secara tunai kerana saya ia akan memudahkan anda kelak bila hendak remortgage rumah tersebut. Dan saya belum lagi jumpa blog yang berkongsi berkaitan maklumat ini dan tujuan saya kongsi supaya anda tidak tersangkut dikemudian hari.

Apa dokumen yang patut anda dapat?

Ada 4 set yang perlu anda dapat

Set 1 : Dokumen Sale & Purchase Agreement (SNP)
a) Deed of Assignment diantara anda dan bank pelelong
b) Original Proclaim of Sale

Set 2 : Dokumen SNP Asal
a) Original Principal Sale and Agreement diantara pemilik lama dan developer
b) Original Deed of Mutual Covenant

Set 3 : Dokumen pinjaman asal
a) Original Loan Agreement diantara pemilik lama dengan bank
b) Original Deed of Assignment diantara pemilik lama dengan bank

Set 4 : Dokumen pembayaran tunai
a) Salinan slip pembayaran seperti salinan cek , salinan bank draft

Jikalau tiada set asal, macam mana ?

Lawyer bank akan nasihatkan anda untuk dapatkan salinan dan membuat Surat Akuan. Atau maksud lain, anda suruh lawyer rumah lelong anda untuk membantu mendapatkannya.

Penutup

Perlu diingat yang saya bukanlah seorang lawyer mahupun bank officer, ini hanya berdasarkan pengalaman saya membeli sebanyak 2 biji rumah lelong secara tunai dan kemudian saya remortgage kan rumah ini untuk mendapat pinjaman maksima. Dokumen-dokumen diatas diperlukan untuk sempurnakan prosess pembelian dan remortgage.

Diharapkan post ini dapat memberi sedikit gambaran dan bermaanfaat. Kalau rasa post ini bermanafaat, alangkah baik anda klik button share dibawah.

8 thoughts on “Kalau Beli Rumah Lelong Secara Tunai, Dokumen Apa Patut Dapat ?

  1. Dr Waqipedia

    Salam tuan,

    Saya suka post ini. Apakah kebaikan membayar tunai dahulu kemudian baru refinance? Adakah kita boleh mark up dari segi loan dan dapat loan sehingga zero money down?

    Terima kasih byk tuan.

    Reply
    1. Jamal Post author

      Dulu saya pakai teknik untuk dapat balik duit yang digunakan untuk bayar tunai tu, sebab selalunya rumah lelong boleh dapat 30% daripada MV, so bila remortgage dapat balik duit tu.

      Reply
      1. riezal

        Salam tuan jamal. Terima kasih banyk2 atas artikel ni.sgt2 membantu utk sy sebab sy pun juga membeli unit lelong secara tunai dan dalam proses utk refinance. Cuma tertanya tuan utk set A tu. Sebab unit lelong tiada SNP cuma ada contract of sales. Satu lg, document2 ni mmg bank perlukan salinan utk refinance ?. Masih ada harapan lagi utk refinance sehingga 30 tahun? Jikalau sudah terlambat, masih berbaloi lg ker utk refinance?. Harap tuan dapat membantu.

        Reply
        1. Jamal Post author

          Set 1 – cuma title shj SNP, yang penting item dibawah perlu ada Deed of Assignment & Original POS

          Saya tidak sure untuk remortgage sekarang, sebab saya sempat remortgage 35thn, sebenar tidak perlu risau, boleh buat OD against property, commitment dikira terhadap interest yg digunakan shj

          Kalau rajin, boleh pergi visit bank

          Reply
  2. khairul fauze

    sya membeli rumah lelong secara tunai dan remortgage balik bagi mendapatkan lebihan tunai. Ibarat modal cuma 1 dan selepas remortgage boleh dapat 2 buah rumah lagi.

    Reply
  3. Akhi

    officer bank merah bg tau kalau nk buat od against property, hrg property mesti lebih rm100k..ada tak bank lain yg boleh bagi od utk property kurang rm100k

    Reply
    1. Jamal Post author

      Boleh check dengan bank lain juga, quick rule: loan value < 50K paling kurang bank hendak , 50K to 100K ada lagi, kebanyakan > 100K

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *