Kawan adik saya kerugian puluhan ribu ringgit akibat terkena penipuan jerat cinta. Apa patut beliau lakukan ?

Kawan adik saya kerugian puluhan ribu ringgit akibat terkena penipuan jerat cinta. Apa patut beliau lakukan ?

Mula-mula saya malas hendak share al-kisah cerita ni sebab macam cerita dongeng, lepas tu bila fikir-fikir balik rasanya ramai orang senasib macam ini dan nanti kalau ada orang tanya macam mana nak buat kalau dah financially tercekik, boleh suruh baca post ini.

Cerita bermula begini , hujung minggu lepas hari Ahad, adik saya telefon tanyakan nasihat saya berkaitan kawannya yang sudah kena tipu cinta hati dan sekarang ni dihimpit hutang credit card dan hutang personal loan yang bertimbun.

Ingatkan penipuan jual beli

Pada mulanya saya ingat beliau kena tipu pembelian melalui internet. Kalau beli barang secara internet atau pembelian lain-lain, penyelesaiannya straight forward. Hanya kumpulkan bukti transaksi dan daftar kes ini di tribunal penguna. Kalau tidak silap kos pemprosesan sebanyak RM5 dikenakan. Boleh rujuk disini

http://www.kpdnkk.gov.my/pengguna/ttpm/senarai-pej-negeri

Rupanya penipuan cinta hati

Berbalik kepada cerita kawan adik saya ni, setelah dikorek-korek , kisahnya macam ni, beliau adalah seorang engineer baru kerja. Dalam bulan Jun lepas berkenalan dengan seorang lelaki asing oversea “omputeh” atau “omhitam” kot.

Nak dipendekan cerita, ini adalah standard penipuan sekarang, lelaki itu stranded kat airport dan perlukan duit untuk bayar something dan meminta wang daripada beliau dan janji akan pulangan wang secepat mungkin. Untuk menyakinkan lagi, lelaki tersebut beritahu beliau untuk telefon seorang perempuan lain bagi menyakin bahawa lelaki tersebut sedang menghadapi kesulitan. Hmm jerat dah mengena.

Yang best tu, orang lelaki ni pandai pula nasihatkan beliau untuk cash-out daripada kad kredit dan buat personal loan daripada bank, mungkin buat RHB easy sebab senang approval.

Beliau minta nasihat adik saya memandangkan mereka kawan rapat, beliau sangat stress sebab nombor yang ada tidak dapat dihubungi dan terpaksa buat bayaran bulan hampir RM1500 untuk settle hutang cash-out tu.

Adik saya minta nasihat saya, saya ada beri nasihat sedikit berdasar ilmu yang sedikit dan pengalaman ambil 3 personal loan dan pengunaan kredit kad zaman muda mudi dulu. Saya bernasib baik personal loan dulu untuk satu beli assest , satu lagi tambah nilai assest dan satu lagi ikat cinta hati.

Sekarang dah tercekik ni, jadi apa yang beliau perlu lakukan?

Benda pertama yang perlu dilakukan sudah tentu kena buat laporan Polis. Kalau kes polis biarlah polis yang uruskan. Saya cuma boleh nasihatkan bahagian kewangan sahaja tu pun tahu sedikit sahaja.

Sebelum itu, tujuan saya berkongsi kes ini agar beliau baca dan fahami jalan penyelesian supaya nampak cahaya sedikit dan kawan-kawan lain pun boleh mengunakan cara ini juga andainya dah tercekik juga.

Dan yang paling penting jangan sampai CRISS tidak cantik dan paling buruk blacklist oleh bank. Kalau dah blacklist hanya AKPK sahaja boleh bantu untuk kasi arahan kepada bank untuk kurangankan bayaran kepada principal atau panjangkan tempoh pembayaran.

Dalam penyelesian kewangan kita hendaklah mencari jalan daripada “Extreme financial stress” to “Comfortable and acceptable financial stress” . Saya belum jumpa lagi cara nak eliminate atau hilangkan financial stress. Kebiasaannya cara yang digunakan adalah “Debt Consolidation”. Google kalau nak tahu secara detail

Langkah # 1 : Fahami masalah

Beliau adalah engineer baru , biasanya bergaji RM3500, dah katakan hutang kereta dalam RM800 , engineer mana boleh pakai Viva jatuh standard, bayaran kad kredit tadi RM1500 sebulan

Jumlah gaji bersih selepas EPF 11% = RM3500 X (100% – 11% ) = RM3115

Jumlah hutang kad kredit 5% monthly commitment = RM1500 / 5% = (RM1500/0.05 ) = RM30K.

DSR sekarang = [Hutang / Net Income] X 100%
= [( 800 +1500) / 3115 ] X
= 73% , for sure bank tidak akan benarkan ambil loan lagi.

Langkah # 2 : Rendahkan DSR

Rendahkan DSR untuk kes ini ialah dengan melangsaikan hutang-hutang kredit kad. Ada dua cara

Cara # 1

Dengan convert hutang credit card kepada term loan , kebiasaan bank ada offer facility untuk convert hutang credit card kepada loan selalu maximum 24 bulan atau 36 bulan dengan sedikit interest. Rasanya cara ini tidak berkesan untuk kes ini , RM30K / 36 bulan zero interest = RM833 sebulan , payah untuk dapat zero interest. Kalau dapat pun rasanya masih lagi tercekik.

Cara # 2

Buatlah pinjaman dengan ibu bapa , saudara atau kawan-kawan , cerita kisah sebenar dan bagi tahu macamana nak bayar balik. Langkah # 3 ada jawapannya. Insyaallah dia orang akan simpati dan akan tolong, sambil tu akan terima banyak nasihat yang panas daripada mereka.

Tetapi diingat mereka adalah the worst money lender , mungkin bulan depan sudah mula tanya bila hendak bayar. Beritahu mereka insyaallah dalam 3 bulan beliau akan bayar balik.

Selepas dah dapat duit, buat full settlement semua kad kredit , jangan tinggal satu sen pun dan simpan bukti pembayaran.

Langkah # 3 : Pohon personal loan dan selesaikan hutang

Selepas sudah buat full settlement semua kad kredit, tunggu sebulan pergi dapatkan CRISS statement di bank negara. Kalau sudah balance zero

Pergi pohon personal loan dekat bank rakyat atau bank islam atau mana yang tawarkan harga rendah. Sebelum ni saya ada lihat bank islam ada kasi personal loan pada rate 3.5%. Saya syorkan pinjam RM35K lebih daripada jumlah hutang.

Jadi bayaran bulanan nya, (RM35K X 3.5/100 X 10 + RM35K ) / ( 10 tahun X 12 ) = RM 393 sebulan.

Selalunya seminggu – dua, loan dah disburse. Langsaikan hutang saudara-mara dalam langkah # 2 , jangan lupa belikan hadiah sedikit kepada mereka , kalau orang perempuan selalu kasi tudung. Insyaallah mereka akan grateful.

Kalau adalah lebih boleh buat stand by dan kalau ada lebih lagi boleh kasi kat tuan penasihat sambil-sambil nak kasi nasihat yang akan menyakitkan hati.

Dan perlu di ingat personal loan adalah worst loan yang ada, kalau boleh perlu dielak

Langkah # 4 : Selesaikan hutang personal loan for good

Macam mana nak selesaikan hutang personal loan , selalunya kalau banyak sangat jumlah loan , musnah semangat nak settle hutang.

Selalunya hujung tahun, akan dapat bonus dan engineer boleh dikatakan banyak outstation , katakanlah dapat kumpul RM10K hasil bonus dan outstation tahun itu.

Pergi ke bank untuk pohon personal loan pada 25K pula masih untuk tempoh 10 tahun @ 3.5% , jadi bayaran bulanan adalah RM281 dan gunakan RM10K dan hasil personal loan ini untuk settle personal loan pertama.

Ulangi langkah ini untuk tahun berikutnya , insyaAllah dalam masa 3 tahun semua hutang personal akan habis.

Harapan

Saya berharap selepas beliau baca post ini, akan nampak cahaya harapan. Gunakan facility yang sedia ada.

Yang lain tu , kalau rasa manafaat boleh klik button share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *