Kenapa saya mula terlibat dalam pelaburan emas ? Apa kaitan dengan pelaburan hartanah saya ?

Kenapa saya mula terlibat dalam pelaburan emas ? Apa kaitan dengan pelaburan hartanah saya ?

Hari ini baru sahaja terima pembelian emas saya pertama untuk pelaburan emas iaitu berupa dua utas rantai tangan  yang seberat 10g setiap satu.

Setelah dua bulan saya cuba fahami tentang emas dan perniagaan emas, dengan ilmu yang tidak seberapa ini, minggu ini saya baru mula membeli dan akan mula berniaga emas. Minggu ini saya telah beli 47g barang kemas sebagai permulaan dan minggu ini juga saya telah menubuhkan satu company milikan tunggal untuk tujuan ini.

Saya hendak berkongsi sedikit kenapa saya menceburi bidang ini dan apa kaitan dengan hartanah. Saya banyak menerima PM (Private Message) berkenaan tidak boleh refinance dan tidak boleh membeli hartanah lagi disebabkan sudah maximum DSR.

Mungkin tuan-tuan dapat mengikuti langkah ini kerana saya rasa cukup bagus kepada golongan yang merasakan susah untuk approve loan disebabkan tinggi commitment.

Sebelum itu, sebab-sebab saya pilih pelaburan emas atau perniagaan emas adalah seperti berikut

1) Ramai sudah mula sedar dan berminat dengan pelaburan emas.

Yang menarik tentang perniagaan emas ini adalah kerana ramai sudah berminat dalam pelaburan emas yang dikatakan bakal menjanji pulangan lumayan. Saya lihat sudah hampir 30K orang  sudah join FB group Emas Termurah Di Pasaran. Secara tidak langsung market untuk perniagaan emas ini agak besar dan boleh dimulakan dengan modal yang kecil-kecil RM1000. Kebanyakan pembeli tidak kisah rupa bentuk emas janji harga yang dibeli agak munasabah. Jadi senanglah untuk berurusan jual beli.

2) Emas tiada tarikh luput

Paling menarik sekali emas tiada tarikh luput seperti barang-barang lain, jadi boleh beli dan simpan selama lamanya dan  tidak ada urgency untuk buat ‘force sale’ jikalau barang tidak dijual.

3) Pusat collection Pos laju berdekatan

Saya amat bertuah kerana lokasi pusat collection Pos Laju berdekatan dengan rumah saya dan berada dalam perjalanan pergi-balik kerja. Waktu operasi sampai pukul 8 malam dan hari sabtu masih beroperasi. Jadi segala urusan penghantaran barang amatlah mudah. Disebabkan faktor-faktor diatas saya mengambil keputusan perniagaan emas adalah pilihan terbaik untuk saya.

Bagaimana ia berkaitan dengan hartanah ?

Saya mengunakan Income Statement sheet bagi menentukan serta mengenal pasti kemampuan saya untuk membeli sesuatu hartanah. Saya sering mengamalkan hanya 1/3 atau ½ daripada jumlah lebihan diantara pendapatan sedia ada dengan maximum DSR 60%. Sebagai contohnya 60% daripada pendapatan adalah RM7,255 dan commitment yang telah digunakan RM5,511, jadi baki yang dibenarkan “Allowable New Credit” ialah RM1,744. Saya akan mencari hartanah dengan bayaran maximum ½ daripada Rm1,744  = RM872 atau bersamaan harga hartanah dalam lingkungan RM250K bagi 70% loan.
Dengan ini mudahlah loan saya untuk lulus

dsr-commitment

Perniagaan emas sebagai pendapatan sampingan.

Ada dua cara untuk merendahkan DSR ialah dengan mengurang commitment atau menambah pendapatan. Bagi orang yang susah untuk mengurangkan commitment seperti saya kerana semua commitment saya adalah pembayaran hartanah, maka jalan terbaik ialah dengan menambah pendapatan.

Sebelum itu , Tahukah anda ?

Bagi pemohonan loan untuk bekerja sendiri , bank akan menguna peratus tertentu terhadap purata jumlah kredit (duit masuk) dalam bank statement sebagai pendapatan. Peratusan ini bergantung jenis perniagaan yang dijalankan selalunya diantara 5% to 10%.  Sebagai contoh jika purata kredit bulanan , RM100K dan katakanlah peratusan 5%, maka bank akan mengambil kira 5% X RM100K = RM5K sebagai pendapatan.

Jadi apa kaitan emas ini,

Berdasarkan pemerhatian saya, kalau dijualkan emas dengan harga yang agak murah kepada peniaga emas lain, 500g emas dapat dijual dalam masa setengah hari sahaja. Selalunya barang kemas yang berat 10g adalah paling yang laris. Sebagai contohnya saya baru membeli emas 916 pada harga RM131/g daripada peniaga emas lain dan pada ketika ini harga emas 916 dijual pada RM134. Andainya saya menjual pada keuntungan 1/g iaitu RM132/g . Ia akan dapat dijual dengan pantas.

Mari buat matematik,

Sekiranya saya menjual 20 utas barang kemas dengan berat 10g setiap satu seminggu pada hari isnin sahaja. Maka sebulan saya dapat menjual sebanyak 20 X 10g X 4 weeks iaitu 800g atau bersamaan dengan 800g X RM132 = RM105 600 akan dimasukkan kedalam bank saya. Saya mendapat keuntungan hanyalah RM800 (untung RM1 per g).

Pada pandangan bank, pendapatan tambahan yang diambil kira ialah sebanyak 5% X RM105 600 = RM5,200.

Dengan kata lain, mudahlah loan saya untuk lulus dengan penambahan sebanyak RM5,200.

Moga dengan pengkongsian , anda tiada lagi alasan untuk tidak berjaya dalam bidang hartanah.

Yang membezakan orang yang berjaya dengan yang belum lagi ialah ilmu dan how fast orang tu take action

 

 

5 thoughts on “Kenapa saya mula terlibat dalam pelaburan emas ? Apa kaitan dengan pelaburan hartanah saya ?

  1. Pingback: Jualan barang kemas yang pertama. Berapakah keuntungan saya ? | Jamal Life

  2. mc xuan

    salam..tuan..camna nak dapatkan harga emas yang murah…ada teknik apa2 tak tuan gunakan..seperti kena beli dalam jumlah yang banyak…

    atau simply beli then jual balik…tq

    Reply
    1. Jamal Post author

      Soalan ni very subjective sebab harganya sentiasa berubah-ubah, even kalau jadi agent certain company pun harganya kemungkinan tinggi juga, Sekarang ni famous delay order yang mana menjanjikan harga murah selepas 3 bulan, tapi saya tidak masuk delay, saya mengunakan website http://www.mks.ch/mobile/myr/ benchmark harga , saya tengok beberapa group di facebook menjual harga sekitar ini

      The best, tuan kena belajar dulu dari pakar emas , bukan dari penjual emas

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *