Part 2 : Alternatives kepada masalah refinance cash out yang dianggap personal loan

Part 2 : Alternatives kepada masalah refinance cash out yang dianggap personal loan

Ini adalah sambungan kepada post yang lepas. Andainya belum baca Part 1, adalah elok fahami dulu masalahnya. Link seperti dibawah

http://jamallife.com/2013/maximum-refinance-cash-out-tempoh-sehingga-10-tahun-sahaja/

Semenjak new ruling ini dilaksanakan oleh beberapa bank , banyak small investor seperti saya mungkin terasa bahangnya dan yang menariknya ada yang terduduk atau boleh terbatal niat nak ceburi bidang hartanah ni.

Sebenarnya saya tidak suka berkongsi perkara yang saya belum pernah ada pengalaman. Walau bagaimanapun dalam senarai alternatives dibawah ada yang saya pernah lakukan dan setengahnya adalah options yang saya akan lakukan bila sampai waktunya.

Sebelum itu, untuk makluman, awal tahun ini saya berjaya refinance separuh daripada hartanah saya dengan mengunakan kaedah biasa. Hasil ini membolehkan saya reinvest balik dalam hartanah, insyaAllah cukup untuk tahun 2014 dan 2015. Jikalau tiada perubahan ruling dalam refinance pada tahun 2016 , saya mungkin mengunakan senarai options ini.

Berikut adalah alternatives, diharapkan membantu

Option 1 : Bank yang belum laksanakan lagi new ruling

Sekarang ini masih lagi dalam peringkat perlaksanaan new ruling oleh bank-bank yang besar seperti CIMB, OCBC, Maybank. Cuba tanya bank seperti Bank Islam, BSN, RHB,Affin,Bank Muamalat  atau syarikat insurance seperti AIA home loan. Perlu bertindak cepat.

Option 2 : Refinance mengunakan flexi loan

Bagi option ini, banyak bank yang sediakan. Secara ringkasnya bank akan link loan account kepada Current account yang diberi facility overdraft. Tuan akan diberikan buku Cek. Untuk makluman peminjam paling sedikitnya hanya perlu servis interest sahaja setiap bulan. Tetapi tuan perlu habis pembayarannya cukup tempohnya iaitu 10 tahun. Ulangi proses ini pada tahun ke-9.  Sedikit maintenance fee akan discharge. Mengikut pengalaman saya, bank akan hanya ambil kira jumlah interest dikenakan sebagai commitment. Sesetengah bank menghadkan minimum value property. Kalau nak tahu lebih lanjut , minta google ‘flexi loan’

Option 3 : Overdraft against Property

Option ini hanya untuk hartanah yang sudah bayar. Bagi yang mempunyai berapa hartanah, boleh guna option ini terutama sudah melebihi 2 hartanah. Bagi yang tiada cash untuk settlekan hutang pinjaman, Katakan  ada 5 biji hartanah A,B,C,D,E. Gunakan option 2 untuk hartanah yang mendapat cash out terbesar , katakan A. Hasil cash out A, selesaikan hutang B, overdraftkan hartanah B. Keluar cash daripada B untuk selesaikan C. Ulangi proses ini untuk semua hartanah yang hendak “refinance”. Perlu diingat bahawa interest rate ini agak tinggi, kalau tidak silap BLR-1 bagi CIMB dan loan to value (LTV) biasanya 70%. Rasanya tiada masalah untuk yang dah biasa LTV 70%. Do wisely. Again kalau nak tahu lebih lanjut, google “overdraft againt property”.

Option 4 : Exchange property to better or TWO properties

Option ini bermaksud jikalau equity hartanah tersebut boleh digunakan membayar downpayment minimum 2 hartanah. Maka jual la hartanah tersebut dengan membeli minimum 2 hartanah. Cara ini sememang disebut dalam Cashflow Quardrant oleh Robert Kiyoksi. Secara personally saya tidak suka cara ini dan adalah lagi tidak bijak kalau digunakan memberi satu hartanah sahaja walaupun better property kerana prosesnya lama.

Option 5 : Sell to your spouse

Option ini agak extreme tetapi objektifnya sama iaitu mendapat cash out. Bolehlah jual hartanah anda kepada isteri/suami/saudara. Tetapi perlu di ingat bahawa terdapat kos tambahan seperti SNP lawyer cost dan MOT. Yang penting do maths wisely.

Option 6 : saya tiada option ini, mungkin rakan-rakan banker atau otai-otai hartanah boleh share

Semoga dengan pengkongsian ini dapat menyelesaikan masalah refinance cash out dan tidak menjadi batu halangan untuk anda menambahkan lagi asset anda.

Yang menjadi penghalang sekarang ini adalah Anda dan how fast you going to take Action.

Andainya rakan-rakan merasa post ini bermanafaat, sila sharekan supaya rakan-rakan kita tidak mati semangat disebabkan isu yang kecil ini.

9 thoughts on “Part 2 : Alternatives kepada masalah refinance cash out yang dianggap personal loan

    1. Jamal Post author

      Wsm, CIMB Overdraft pledged against property, baru lagi saya tanya dalam tiga bulan lepas , interestnya dalam BLR – 1, 70% ltv

      Reply
  1. Pingback: Part 2 : Cara-cara penuhkan retirement fund dengan hartanah tanpa kerja keras | Jamal Life

  2. dins daud

    3 bulan lepas saya ada buat refinance rumah…apa yg saya difahamkan hanya untuk mengira kelayakan sahaja dia guna 10 tahun (cash out) tetapi untuk financing still follow mcm normal.

    Reply
    1. Jamal Post author

      Itulah khabarnya, tetapi saya belum ada pengelaman refinancing selepas rule itu dikuat kuasa. Jadi tidak dapat nak berkongsi bab ini

      Reply
  3. Naim

    Sebenarnya ia lebih menguntungkan rakyat atau menguntungkan bank@kerajaan? Cakap nak tambah peratusan milikan bumiputera..tapii…. Sedih lah pulak..

    Reply
  4. siti

    Mohon pandangan…saya ada beli 2 buah rumah…teres (loan bank 10 tahun= rm1500 sebulan) dan apartment (pinjaman duit ibu= rm1000 sebulan)…jumlah bulanan 2 rumah = rm2500… ada x solusi nk setlekan secepat mungkin pinjaman 2 buah rumah ni?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *