Pengiraan Stem Duti Perjanjian Rumah Sewa dan Soal-Jawabnya

Pengiraan Stem Duti Perjanjian Rumah Sewa dan Soal-Jawabnya

Sempena saya dapat penyewa baru pada hujung minggu lepas, malam ini saya hendak berkongsi sedikit tentang pengiraan stem duti perjanjiaan sewa rumah. Tujuan post ini agar tuan puan boleh sediakan wang secukupnya bila hendak pergi ‘matikan’ stem. Sekurang-kurangnya tidak lah panic bila tidak cukup duit kelak apatah lagi dihadapan kerani LHDN.

Formulanya

Jumlah Stem Duti = [ ( Kadar Sewa Bulan X 12 – 2400 ) / 250 ] X Jumlah Tahun Perjanjian

Andainya sewa bulan sebanyak RM800 sebulan untuk perjanjian 2 tahun

Jadi ,

stem duti = [ (RM800 X 12 – 2400) / 250 ] X 2 tahun
= RM 57.6 di bundarkan kepada ringgit terhampir RM58

Dan salinan perjanjian akan dikenakan caj sebanyak RM10

Untuk contoh di atas , jumlah keseluruhan sebanyak RM58+ RM10 = RM68

Pejabat LHDN yang saya suka pergi

Walaupun pejabat saya berhampiran dengan LHDN Kampung Attap KL, saya lebih suka pergi LHDN Jalan Duta, atau bila off-day saya suka pergi LHDN Kajang di Perhentian Kajang. Kerana sistem queueing yang digunakan di sini amat efficient.

Kenapa perlu matikan ?

Walaupun perjanjian sewa yang dimatikan stem akan dikira “legally tendered document”, tetapi bagi saya ia hanya untuk menjadi supporting documents sebagai punca pendapat apabila hendak memohon pinjaman kelak

Berapa tahun perjanjian sewa seeloknya?

Saya lebih suka perjanjian sewa rumah untuk tempoh 2 tahun, sebab kebanyakan bank akan mengambil jumlah penuh sewa sebagai punca pendapatan. Tetapi perlu diingat andai perjanjian melebihi 3 tahun, ia sudah dipanggil “Leasing Agreement” bukan lagi penjanjian sewa

Berapa nama tuan rumah perlu letak?

Walaupun rumah dibeli dengan mengunakan 2 nama, suami dan isteri. Adalah disyorkan agar nama tuan rumah dalam perjanjian hanyalah satu nama terutamanya kepada mengunakan nama yang buat pinjaman. Kerana apabila 2 nama digunakan bank akan mengambil kira separuh sahaja pendapatan sewa sebagai pendapatan tambahan.

Sekian dan selamat malam.

12 thoughts on “Pengiraan Stem Duti Perjanjian Rumah Sewa dan Soal-Jawabnya

  1. adikensem

    Info yang sangat berguna terutamanya bab “leasing agreement”, saya baru tahu sebenarnya tu.
    Jadi ada 3 query yang timbul pula.
    Soalan :
    1) Jika “leasing agreement” adakah kontraknya berbeza dengan perjanjian sewa? Saya agak ianya hanya terma sahaja.
    2) Jika “leasing agreement” adakah kiraan duit stem-nya pula berbeza? Saya agak bakal jawapannya adalah sama.
    3) Jika perjanjian sewa @ “leasing agreement” di stem matikan, secara am-nya adakah ini direkod sebagai salah satu bentuk cukai pendapatan yang perlu dibayar?

    Terima kasih saudara Jamal untuk ilmu dunia fana ni, mudahan saudara dapat saham akhirat yang bertambah-tambah.

    Reply
    1. Jamal Post author

      Wsm,
      1) Generally both tenancy and leasing lebih kurang sama, tiada perbezaan
      2) Setahu saya, cara pengiraan stem duti sama
      3) Hasil pendapatan daripada perjanjian sewa atau leasing dikira pendapatan bercukai, tiada perbezaan. Tapi perlu diingat cuma masukkan net pendapatan selepas tolak interest pinjaman

      Reply
      1. ainouno

        Sewa dan leasing TIDAK SAMA

        Lease atau pajakan mesti melebihi tiga tahun dan perlu didaftar dalam hakmilik tanah
        Duti setem pajakan adalah RM5 untuk setiap RM1,000.00 dan lain ain lagi. TIDAK SAMA SEKALI

        Reply
  2. Jane

    Hendak buat stamping bagi tenanncy Agreement, ini kali pertama buat stamping. Pejabat setem Jalan Duta terletak di blok mana dan tingkat berapa?

    Reply
  3. hafiz

    Assalamualaikum

    Saya ada surat perjanjian yang di tandatangani bulan 1..tapi belum di matikan..boleh kan saya mati kan sekarang setelah 6 bulan?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *