Penyewa Lama Tolong Naikkan Kadar Sewa, Macam Mana Saya Buat ?

Penyewa Lama Tolong Naikkan Kadar Sewa, Macam mana Saya Buat ?

Memandangkan minggu lepas ada seorang kenalan saya bertanyakan macam mana hendak cari penyewa dengan kadar segera untuk apartment di Kuala Lumpur sedangkan beliau berkerja di Kelantan. Dan kebetulan pula salah seorang penyewa saya yang baru berumah tangga hendak pindah keluar hujung bulan ini kerana dapat kemudahan kuaters. Jadi saya hendak berkongsi satu lagi kisah cara saya naikkan kadar sewa rumah tanpa pening kepala.

Menguruskan rumah sewa satu dua biji, mungkin mudah, tetapi bila bilang rumah sewa sudah banyak, pengurusan rumah sewa akan jadi kelam kabut terutamanya bila jika belaku penukaran penyewa, jesteru itu ia memerlukan kita cari cara pengurusan lebih kreative yang menjimatkan masa. Ini belum lagi isu maintenance dan masalah kenakalan penyewa.

Mungkin cara ini boleh diguna pakai kepada

#1 – Yang mempunyai banyak rumah yang hendak uruskan atau

#2 – Yang tinggal berjauhan daripada rumah sewanya

#3 – Bagi mereka hendak melabur dalam hartanah tetapi permintaan hartanah sekitar ditempatnya tidak mempunyai permintaan yang rendah, jadi melabur hartanah dikawasan yang berpontensi tinggi tetapi jauh seperti di Kuala Lumpur.

Apa yang saya buat ?

Kebiasaannya apabila penyewa bagi notis keluar kepada saya untuk pindah keluar, saya meminta penyewa tersebut tolong carikan penganti dengan beri alasan saya ini agak sibuk sikit sejak kebelakangan ini. Dan juga saya terangkan bahawa saya selalunya akan berikan sedikit imbuhan sebanyak 4 bulan lebihan sewa sekarang dengan sewa baru jika penyewa lama mencari penganti baru

Bagi kes penyewa saya ini, rumah saya disewakan pada kadar RM750 sebulan sebelum ini. Alhamduliah beliau dapat mencari penyewa baru dan disewa pada kadar RM800 sebulan, naik sebanyak RM50 sebulan. Jadi saya akan beri beliau sebanyak RM50X4 bulan = RM200 sebagai imbuhan.

Kebiasaan saya akan beri lebih sedikit sebagai “surprise gift” dan beritahu beliau yang beliau telah menjadi penyewa yang baik sebelum ini. Moga-moga beliau akan refer kan kepada saya jikalalu ada kawan beliau hendak cari rumah sewa kelak.

Saya juga ajar dan memberi beliau “kuasa rundingan” iaitu jikalau untuk naikkan sewa boleh offer kepada penyewa baru untuk hanya 1 bulan deposit dan ½ bulan deposit utility yang kebiasaanya deposit dua bulan. Kebiasaan ia membuah hasil

Disamping itu saya juga, memberi kriteria-kriteria penyewa yang saya hendakkan sebagai contoh muslim, keluaran Universiti dan sebagainya.

Apa keuntungan sebenarnya saya dapat

#1 – Dengan cara ini, penyewa tersebut akan cuba mencari penganti untuk bayar sewa baru pada kadar lebih tinggi sedikit, sebab imbuhan ini akan jadi motivasi beliau yang mana beliau akan lebih banyak jika lagi tinggi beliau dapat sewakan ,tetapi saya lagi untung jangka masa panjang sekurang-kurang dapat naik RM50 sebulan.

#2 – Proses penukaran penyewa agak membuang masa, iaitu kena iklankan, kena set temujanji dengan penyewa lama dan baru untuk lihat rumah. Jadi saya jimat masa disini.

#3 – Jumlah masa ketiadaan penyewa adalah ditahap “zero” sebab penyewa akan beri kunci terus ke penyewa baru.

#4 – Rumah akan berada dalam keadaan baik semasa beliau serah kunci sebab beliau secara tidak langsung menjadi agen kecil dan juga terlibat dalam proses mendapatkan penyewa baru.Kebiasaan penyewa akan kemas rumah terlebih dahulu baik masa view atau masa serah kunci. Apatah lagi ditambah motivasi imbuhan itu

#5 – Selalunya bila orang hendak sewa rumah, beliau akan lihat juga macamana sikap tuan rumah dan menjadi alasan terakhir untuk buat decision. Jadi penyewa akan memberi feedback yang postive dan senanglah dia nak close deal.

#6 – Kalau guna khimat agen, agen akan caj sekurang-kurangnya sebulan sewa, tetapi ini hanya mungkin ¼ daripada upah agen

Apa yang saya pentingkan ialah penyewa lama keluar dengan senyum dan saya tidak pening kepala serta tidak membuang banyak masa dalam menguruskan rumah-rumah sewa saya.

Moral – “Money can not buy you a happiness, but money can make my ex-tenant smile

One thought on “Penyewa Lama Tolong Naikkan Kadar Sewa, Macam Mana Saya Buat ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *