Penyewa Senyum Gembira Bila Saya Naikkan Sewa? Biar Betul

Penyewa senyum gembira bila saya naikkan sewa? Biar betul

Dah macam tajuk harian metro agaknya. Berani saya katakan ramai pemilik rumah sewa di luar sana terasa berat hati untuk menaikkan rumah rumah sebab malas hendak ‘bergaduh’ penyewa atau takut penyewa terutamanya yang good paymaster akan move-out. Atau kalau naik pun, penyewa tidak berapa gembira. Sebab apa saya cakap macam tu, sebab saya adalah salah seorang daripada mereka pada seketika dulu.

Penyewa berkeluarga

Sedikit latar belakang kes saya yang membuat saya fikir 360 degree kembali bila berurusan dengan penyewa, rumah saya ini adalah sebuah condomininum lelong yand dimenangi pada awal tahun 2011. Condo ini telah disewakan kepada keluarga Cina terdiri daripada 3 orang iaitu penyewa, anak dan ayahnya. Disewakan pada kadar RM800, pada hal bayaran pinjaman bulan adalah RM834.

Kebiasaan saya akan cuba mencari jalan supaya semua rumah saya memberi positive cashflow atau 0. Jadi kalau saya sewa pada kadar lama ,saya akan ada dapat negative cash flow.

Fikir punyalah fikir , dapat idea

Sebelum tu, untuk makluman, selalunya kita diberi masa samada 90 hari atau 120 hari untuk selesaikan bayaran baki rumah lelong. Maksud lain, bank selalunya akan mengambil masa 3 bulan hingga 4 bulan sebelum pinjaman disburse kepada bank pelelong. Dalam kata lain lagi saya boleh mengambil kesempatan kutip sewa secara percuma untuk diri saya selama 4 bulan.

Apa yang saya fikirkan

Kalau nak halau penyewa itu memang tidak sampai hati, sudahlah tiada suami. Then, saya cuba mengaplikasikan perpatah “Be in their shoes”. Bila saya buat survey market, condo itu disewakan sekitar RM1000 untuk basic dan RM1400 untuk fully furnished. Saya dah buat keputusan saya akan sewakan dalam sekitar RM900 hingga RM1000.

Apa yang saya buat, perangkap psychology

Pada hari pertama jumpa, saya bawa siap Tenancy Agreement yang mana dalam tu dalam tertulis sewa pada kadar RM1500 dan siap sign oleh saya dan isteri. Saya tanyakan beliau , apa perancangan dia samaada hendak terus sewa atau move-out. Beliau cakap beliau hendak continue sewa jika saya benarkan.

Kemudian saya ceritakan selalunya saya sewa fully furnished dan bercadang hendak sewa pada kadar RM1500 sambil-sambil saya hulur Tenancy Agreement yang tertera RM1500 tu. Saya nampak beliau tidak senang sebab mungkin diluar kemampuan beliau.

Saya beritahu dia memandangkan beliau dah lama sewa di situ saya terus offer pada beliau pada kadar lama, cuma cara sahaja yang lain iaitu saya kasi free satu bulan atau (RM950/ 8 bulan lagi tinggal tahun tu) = RM118. Dan beliau akan bayar sebulan RM950 bermula bulan depan sebab bulan tu free. Matematiknya bila RM950 – RM118 = RM832, macam kadar lama la. Saya nampak rasa kelegaan diraut wajah beliau dan senyum sambil pandang ayahnya.

Bila perjumpaan kali kedua untuk tandatangi Tenancy Agreement, beliau ucapkan terima kasih sebab saya pemilik rumah yang baik hati dan perihatin katanya.

Apa yang untung nya

Keuntungan pada saya, saya dapat sewakan pada kadar saya hendak kan iaitu RM950 sebulan, dan dapat sewa free selama 3 bulan , RM950 X 3 = RM2850 dan 1 bulan deposit RM950. Cuba bayangkan kalau saya suruh beliau move-out sebelum ni,melepas duit tu . Tambahan lagi , Saya akan start untung tahun kedua dan seterusnya. Yang penting saya dapat cash flow positive , paling best saya dah refinance untuk cash-out.. jumlah dirahsiakan

Keuntungan pada beliau, Macam dapat sewa pada kadar lama dan paling best rasanya , boleh beritahu ayahnya atau kawan-kawan , beliau berjaya dalam nego dengan tuan rumah sebab tuan rumah tidak jadi naik sewa pada kadar RM1500 dan siap kasi free satu bulan lagi.

Kesimpulan,

Kalau tuan-tuan hendak nego, fikir-fikir keuntungan bersama bukannya hanya hendak puaskan hati kita saja.

2 thoughts on “Penyewa Senyum Gembira Bila Saya Naikkan Sewa? Biar Betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *