Perihal penilaian rumah lelong dan fius TNB meter pun kena kebas

Perihal penilaian rumah lelong dan fius TNB meter pun kena kebas

Hari ini bawa Valuer untuk buat penilaian harga rumah bagi rumah yang baru menang lelong bulan di Taman Putra Kajang. Ada dua benda yang menarik boleh dikongsi

# 1 – Macamana valuer buat penilaian kalau rumah lelong ada pemilik

Tanyakan kepada valuer tadi macamana diaorang buat penilaian kalau rumah lelong yang mana pemilik masih tinggal. Untuk makluman, penilai selalu akan ambil gambar rumah luar dan dalaman serta membuat lakaran pelan rumah

Valuer beritahu tadi selalunya mereka cuba minta dengan pemilik dan jikalau pemilik tidak benarkan masuk, mereka hanya ambil gambar luaran sahaja dan mengunakan harga jualan unit yang terkini (last sold unit).

Walapun jumlah saya menang 4 biji rumah lelong sahaja, alhamduliah semuanya tidak diduduki pemilik ,cuma satu sahaja diduduki penyewa yang lain kosong, fresh from oven.

# 2 – Fius TNB kena kebas dan perihal meter baru

Selepas sudah habis buat penilaian tadi , bila tutup pintu, nampak kenapa meter tiada nombor , rupa-rupanya fius dah kena “pinjam”. Tak tahu nak kata sebab harga fuis tidak sampai RM20 pun. Bagaimanapun saya niat sedekah sahaja, boleh dapat pahala free

Untuk makluman, sekarang ni TNB dalam proses menukarkan meter mekanikal kepada eletronik (digital) meter. Jadi jikalau tuan-tuan mengunakan meter lama dan andainya membeli rumah subsale atau tukar nama, sekiranya meter board tu agak tinggi, TNB akan menyuruh menurunkan sedikit kearas kepala bagi memudahkan pembaca meter.

Saya rasa itulah sebabnya fius saya kena pinjam kerana sampai dek tangan, yang paling saya khuatir adalah risaukan kanak-kanak kerana rendah tempat meter board.

Selamat bekerja besok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *