Rumah lama atau rumah baru , Nak beli yang mana satu ?

Rumah lama atau rumah baru , Nak beli yang mana satu ?

Semenjak saya asyik berkongsi pengalaman saya dalam property, ramai juga kawan-kawan ajak saya join beli under construction property atau new development property

Kebiasaan saya menolak ajakan tersebut kerana sekarang ni saya lebih suka beli rumah yang dah siap. Sebab apa ?

1) Contohnya new development condo/apartment kawasan sekitar Bangi berharga dalam 250K  untuk 500sqft (SOHO) yang akan siap tiga tahun akan datang.Developer siap letak kain rentang jaminan ROI dalam 7% lagi. Macamana developer dapat figure tu tiada yang persoalkan. Pada ketika ini completed condo/apartment di kawasan Bangi  boleh dapat dalam 150K – 200K dengan size dalam 900sqft dan sewa secara puratanya dalam lingkungan RM800  – RM1300 .

Kelebihan rumah yang siap, kita dah tahu keadaan rumah, jalan keluar, maintenance, siapa bakal tenant, dan selalunya harga lebih murah daripada rumah baru dalam pembinaan.

Yang menarik sekali rumah yang siap ni kita dah tahu dimana letaknya sekolah,tadika, kedai makan dan suraunya. Sebab apa? Senang kita nak buat anggaran harga sewa kita.

Lagi satu , pembelian rumah yang siap ni hanya mengambil masa dalam lebih kurang 3 bulan untuk proses jual-beli dan boleh start mencari rumah baru selepas itu (hunt new properties).

2) Riding the wave , saya lebih suka beli apartment bersebelah dengan condo yang bakal naik, contohnya saya beli apartment di Kajang yang mana harga pasaran dalam RM160K  untuk 1063sqft , di sebelahnya bakal naik condo dengan harga mula RM300K ke atas. Jadi apabila condo ini siap kelak , pembeli mesti sewa pada kadar RM1500 untuk tampung bayar bulanan bank , sedangkan saya bayar dalam RM700 sebulan untuk bank dan saya perlu naik sewa  kepada RM1400 untuk tarik penyewa condo disebelah tu. Jadi kiralah berapa cashflow yang dapat sedangkan pembeli condo tersebut perlu Berapa cashflow yang saya datang bila condo tu dah siap.

Yang best part, dijangkakan market value akan naik dalam 250K hingga 280K bila condo tu siap kelak. Boleh la saya refinance untuk tarik RM100K untuk masuk dalam tabung retirement saya dan duit bulan2 penyewa akan tolong bayarkan

3) Rumah yang dah siap ni memang confirm siap , adakah under development boleh confirm siap?  Pilihlah developer yang berwibawa, moga kes terbengkalai tidak terjadi kepada kita

Yang mana pilihan anda ?

 

One thought on “Rumah lama atau rumah baru , Nak beli yang mana satu ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *