Rumah yang berharga berapa yang saya patut dibeli ?

Rumah yang berharga berapa yang saya patut dibeli ?

Ramai kawan-kawan yang hendak menceburi bidang hartanah tetapi  tidak tahu rumah yang mana hendak beli.  Ada beberapa orang tanyakan saya tentang kesesuaian sesuatu property nak beli.

Berterus terang saya katakan saya tidak mahu komen or mensyorkan pembelian sesuatu property. Apa yang boleh saya bantu adalah berkongsi pengalaman saya beli dan kenapa saya beli.

Ini adalah hasil analisa saya buat dan menjadi guideline kepada saya apabila hendak membeli sesuatu property.

Selalunya saya buat analisa target group tenant sebelum beli property. Bukannya beli property sebab offer bagus atau beli dulu baru fikir siapa yang nak disewakan

Secara amnya target group penyewa saya adalah executive muda.  Ada dua pekara saya dapati

1) Average gaji mereka adalah RM3000

2) Sifat atau perangai executive muda ialah kebanyakan mereka tidak suka berkongsi bilik atau berkongsi pun max dua orang , mereka lebih kepada security concern, keselesaan dan keep standard sebagai seorang executive

3) Jarak dari apartment/condo to tempat kerja antara factor utama mereka memilih untuk menyewa

Kebiasaan orang akan allocate 10% hingga 20% dari gaji mereka untuk bayar sewa rumah iaitu RM300 hingga RM600.

Jesteru itu untuk satu apartment/condo yang mempunyai tiga bilik , maka minimum sewa adalah a adalah RM900 (3 bilik X RM300 untuk seorang sebilik)  hingga  RM1800 ( 3 bilik X 2 X RM300 untuk dua orang sebilik).

Berdasarkan range tersebut RM900 to RM1800 , harga apartment/condo yang saya akan beli dalam lingkungan  harga pasaran RM180K to RM380K yang saya anggap fair value.

Jadi anything above RM380K consider out of my range. Harga pembelian mungkin jauh lebih rendah apabila nego dengan seller..

Daripada segi size pula sebab untuk keselesaaan , 750sqft to 1000sqft adalah berpatutan dan dapat memberi ruang yang cukup untuk mereka.  Saya lebih suka membeli apartment/condo yang mempunyai living room yang besar sebab saya berpendapat banyak masa digunakan mereka menghabis masa menonton astro atau sewaktunya.

Satu lagi pekara yang saya ambil kisah ialah disposal value or maximum selling price , kalau ikut hasil analisa saya ialah secara purata rata-rata pasangan keluarga mempunyai maximum kemampuan sebanyak RM2000 or 30% daripada combined salaries mereka @ RM6000, jadi bagi saya harga yang bersesuaian adalah RM550K sebuah.

Salah satu petunjuk yang saya pakai ialah apartment sepatutnya ½ dari teres , contohnya kalau kawasan Bangi rumah 2 storey teres ialah range 450K to RM700K , Oleh itu nilai maximum untuk apartment/condo yang saya akan beli adalah  RM350K di kawasan Bangi.

Anything beyond that consider membazir. Unless there is a good offer from seller.

Perlu diingat ini adalah general guide saya guna pada ketika ini dan mungkin berubah-ubah mengikut kawasan dan masa.

2 thoughts on “Rumah yang berharga berapa yang saya patut dibeli ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *