Saya Pun Refinance Rumah Yang Diduduki, Bijakkah Tindakan Saya ?

Saya pun refinance rumah yang diduduki, Bijakkah tindakan saya ?

p/s : Post ini di edit untuk blank off beberapa maklumat penting, harap maafkan

Ramai yang masih tertanya-tanya samaada adakah langkah yang bijak jikalau refinance rumah yang diduduki kerana ia akan menaikan bayaran bulanan dan tahap kemampuan kita akan semakin berkurangan disebabkan commitment rumah yang meningkat.

Sedangkan ramai pelabur tegar diluar sana yang menyifatkan rumah yang diduduki adalah liabiliti atau bebanan. Saya tiada komen berkaitan ini.

Seperti biasa, apabila saya hendak melakukan sesuatu saya selalu mencari alasan-alasan yang munasabah kenapa saya perlu lakukan sesuatu pekara dan selalunya disokong oleh matematik (pengiraan), jikalau alasan yang munasah dan matematik menyebelahi saya, kenapa tidak?. Hendak ditekan lagi, alasan yang munasabah tidak semestinya alasan yang kukuh.

Satu lagi, saya selalu akan mencuba consolidate hutang-hutang saya supaya bersandar dengan asset yang mempunyai nilai ada potensi meningkat seperti hartanah. Jikalau hutang saya sudah bersandarkan asset, kemudian saya akan consolidate dengan asset interest tinggi dengan asset interest yang paling rendah.

Sebenarnya ada banyak alasan kenapa anda perlu refinance walaupun rumah yang diduduki, tetapi malam ni saya hendak berkongi berkaitan pengurusan hutang. Mungkin di post yang lain saya akan berkongsi tentang kenapa perlu refinance rumah yang diduduki untuk sediakan stand by kredit.

Hutang yang hendak diuruskan

Sedikit maklumat berkaitan hutang saya yang hendak uruskan ini, hutang pertama : rumah yang saya duduki ini dibeli pada harga RMXK dan harga pasaran adalah RMXK masa saya refinance. Hutang kedua ialah pinjaman ASB RMXK.

Apa matematiknya

Bayar bulanan untuk rumah ini ialah RM2000 , BLR – 1.9, dan bayaran pinjaman ASB sebulan RM1200, BLR – 1.65, Maybank. Jadi bayaran sebulan saya untuk commitment ini ialah RM2000 + RM1200 = RM3200.

Selepas saya refinance rumah tersebut, pada harga pasaran RMXK,BLR-2.4, bayaran bulanan ialah RM2600 dan berjaya cash out RMXK.

Hasil cash out ini saya gunakan untuk langsai hutang pinjaman ASB sebanyak RMXK. Jadi bayaran bulanan saya dari RM3200 sebulan kepada RM2600, saya dapat jimat sebanyak RM600 sebulan.

Langkah seterusnya

Kalau saya terus membiarkan duit saya berada didalam ASB, mungkin langkah itu agak kurang bijak, saya terus buat OD-ASB untuk mendapat standby kredit facility sebanyak RMXK untuk kegunaan menambah beberapa asset lagi.

Apa yang saya untung

#1 – Saya dapat jimat sebanyak RM600 sebulan berdasarkan matematik diatas

#2 – Bayaran dividen ASB saya tidak terjejas yang biasanya sebanyak 8%.

#3 – Yang paling penting sekali, semakin senang bank hendak lulus pinjaman saya yang akan datang, cuba bayangan andainya anda seorang credit officer yang mana yang anda akan beri pinjaman perumahan yang berharga RMXK , kepada yang mempunyai commitment RM2000 sebulan dengan jumlah cash in hand RMXK atau orang yang mempunyai commitment RM3000 sebulan tetapi cash in hand RMXK. Fikir-fikirkan

Penutup

Saya berharap tuan puan akan dapat sedikit idea kenapa anda perlu refinance berdasarkan pengalaman saya diatas.

8 thoughts on “Saya Pun Refinance Rumah Yang Diduduki, Bijakkah Tindakan Saya ?

  1. Johan

    Salam Tuan,

    Saya amat tertarik dengan kaedah2 yang dikongsi.

    Saya baru membeli sebuah rumah lelong dgn harga 38k (MV 65k) dan ingin bertanya soalan tersebut:

    1) Mana lebih baik? Tunai atau Pinjaman
    2) Kalau tunai, boleh tak saya remortgagekan (berapa amaun? berapa lama?)
    3) Adakah lebih baik untuk jual atau sewakan?

    Mohon dikongsikan pandangan tuan.

    Terima kasih.

    Reply
    1. Jamal Post author

      Wsm, Susah saya nak jawab soalan ini, sebab ia bergantung dengan perancangan anda masa beli dahulu dan situasi kewangan anda. Kebiasaan saya membuat perancangan terlebih dahulu sebelum membeli samaada beli cash or dengan loan.

      1)Bergantung dengan perancangan tuan, kebiasaan sedikit cash digunakan adalah terbaik
      2)Yes boleh remortgage, tetapi terlalu sedikit bank yang terima bawah 100K or hampir tiada
      3)Saya tidak galakan menjual unless ada perancangan yang kukuh atau alasan tersendiri.

      Reply
      1. Johan

        Terima kasih untuk jawapan tuan.

        Saya ingin bertanya lagi, jika saya membeli sebuah rumah kos rendah di Selangor, adakah saya boleh menjual terus tanpa perlu berurusan dengan Lembaga Perumahan Negeri Selangor?

        Reply
        1. Jamal Post author

          Saya kurang arif ttg low cost sebab belum ada experience low cost. Btw lawyer yang akan uruskan semua

          Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *