Always Minta Penyewa Cadangkan Tarikh Akan Bank-in Duit Sewa Jikalau Penyewa Minta Bayar Lewat Sikit

Tenant Management 101 – Always minta penyewa cadangkan tarikh akan bank-in duit sewa jikalau penyewa minta bayar lewat sikit.

Post hari ini ringkas sahaja dan post yang panjang saya akan karangkan pada hujung minggu terutamanya yang memerlukan pengiraan, mulai hari ini semua kes cara saya handle penyewa saya akan letakkan di bawah Tenant Management 101 supaya senang nak cari

Saya kongsi tajuk ini sebab saya yakin ramai tuan rumah menghadapi situasi ini, Kes penyewa bayar lewat selalu akan belaku kepada setiap tuan rumah biarlah baru nak menceburi bidang hartanah atau yang dah lama, kebiasaan kes ini terjadi bila selepas sesuatu perayaan disebabkan mungkin mereka terlebih berbelanja. Selalunya saya akan terima request macam ni bila perayaan aidil fitri yang paling ketara dan tahun baru cina bagi penyewa berketurunan cina. Hari ni saya terima satu request dari penyewa apartment saya di Kajang.

Kita sebagai tuan rumah perlu faham dan membuat persiapan awal dengan memperuntukan sedikit stand-by kewangan supaya dapat membayar hutang bank. Tak perlulah marah-marah penyewa atau terlalu mendesak yang mungkin boleh mengerohkan hubungan tuan rumah-penyewa. Perlu diingat bahawa penyewa kita inilah “Pekerja Kewangan” yang terbaik. Layanilah mereka sebaik-baiknya.

Jadi apa nak buat ?

Bagi kes seperti ini apa yang saya selalu lakukan apabila penyewa minta bayar sewa dilambatkan sedikit ialah saya selalu minta penyewa memberi tarikh baru yang beliau akan bank-in duit sewa.

Kerana apa ?

#1 – Hanya penyewa tersebut tahu bila beliau akan mendapat duit seperti bila duit gaji masuk , bila dapat claim , bila kawan mereka nak bayar hutang

#2 – Secara lumrah atau psychology nya, bila mereka membuat janji, mereka akan cuba terbaik untuk tunaikan, apatah lagi bila mereka “malu-alah” dengan kita.

Kebiasaan, selepas sehari-dua tarikh yang dicadangkan, saya akan membuat follow-up dan mengunakan ayat macam “Asm puan, kalau ada kelapangan masa, minta tolong whatapps bank-in resit, in case saya over look, btw have a nice day”. Selalunya hari itu juga mereka akan bank-in dan hantar resit bank-in

Alhamduliah, selama ini belum ada lagi penyewa saya yang lewat sampai cross-month.

Selamat malam.

2 thoughts on “Always Minta Penyewa Cadangkan Tarikh Akan Bank-in Duit Sewa Jikalau Penyewa Minta Bayar Lewat Sikit

  1. Tangan Emas

    Sy mempunyai masalah penyewa yg bermasalah. Enam bulan pertama bayaran OK. Sejak bulan ramadan (July) dah mula sangkut2. Dah tertungak 2 bulan. Sy bagi masa lagi sbb nak raya. Selepas raya masih bermasalah. Penyewa bagi tarikh utk dia bayar tapi tak ditepati.

    Sewa bulan semasa (Sept/ Oct) pun susah nak bayar apatah lagi yg dah tertunggak. Ikut hati, sy nak bagi notis utk kosongkan rumah. Tapi isteri sy masih beri dia peluang. Ayat isteri sy…’Hari ini kita tolong org, Allah akan tolong kita’

    Apa yg perlu sy buat? Tima kasih.

    Reply
    1. Jamal Post author

      Wsm, saya simpati dengan masalah tuan hadapi, sebenarnya tuan perlu ingat business tuan rumah ini adalah satu perniagaan dan hati kena kental, jesteru itu kena uruskan secara professional dan berhekmah, jangan libatkan emosi. Saya syor tuan draft satu plan tindakan dari cara soft kepada keras dan masuk unsur phsycology, dah setiap step berikan ia masa untuk tengok kesan hasilnya.

      step 1 Sebaik-baik bermula dengan tuan pergi rumah berbincang dan bawa sedikit buat tangan (phsycology), tanya dia apa rancangan dia, beritahu dia (phsycology) dalam lembut yang akan serah kes kepada debt collector

      step 2, hantar notis dan bagi date

      step 3 baru jumpa tnb n syabas potong supply,

      step 4 beritahu dia yang u dah serah kes kepada debt collector dan upah orang pergi cabut grill rumah depan atau cabut pagar rumah dan bagi notis lagi

      step 5 or last sekali, cari rumah sewa baru dekat dia, tolong bayarkan deposit, dapatkan lori untuk pindah dan bagi sedikit duit kepada beliau

      Basically tuan draft sendiri plan tindakan dan ingat perlu beri masa setiap step untuk tengok kesan hasilnya, insyaallah tuan akan jadi lebih kental lagi, dan perlu ingat first time memang susah

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *