Maklumat Refinance Cash Out Terkini

MAKLUMAT REFINANCE CASH OUT TERKINI

Akhir tahun lepas kita digembarkan dengan cash out yang hanya diambil kira untuk maximum 10 tahun sahaja.

Contohnya kalau kita refinance pada RM300k@4.6% dan andainya baki ada RM100k. Baki RM100K loan akan dikira dan pembayarannya RM479 selama 35 tahun. 

Manakala cashout RM200k dikira max 10 setahun dan pembayaran selama 10 tahun jugak. Maksudnya kena bayar sebulan RM2082 selama 10 tahun.

Dengan ini ramai yang tidak refinance sebab membebankan bayaran.

Perkembangan Terkini…..

Namun, terdapat perkembangan terkini, hanya bank MBB dan RHB yang masih mengamal cara demikian.

Tetapi bank yang lain, hanya mengunakan 10 tahun untuk kiraan DSR, tetapi pembayaran masih lagi max 35 tahun.

Maksudnya untuk kes di atas, kita masih lagi enjoy pembayaran yang rendah RM100k > RM479 dan RM200k > RM958 atau RM1437 sebulan.

Untuk maklumat terkini, contact your bank mortgage officer ye. Tahun ini saya belum lagi nak refinance, mungkin tahun depan lak.

Moga manafaat dan selamat bercuti rehat.

One thought on “Maklumat Refinance Cash Out Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *