Bayar RM200 Pun Boleh Sewa

BAYAR RM200 PUN BOLEH SEWA

Saya nak kongsi cara saya ambil penyewa, selalunya saya guna “konsep memudahkan urusan orang, Allah SWT akan mudahkan urusan kita”.

Minggu lepas saya sewa salah satu rumah saya yang berharga sewa RM1700 sebulan, rumah ini dikawasan hot. Beliau bayar RM200 sahaja untuk masuk rumah dan baki akan dibayar kemudian.

Selalunya saya memudahkan urusan kepada orang mempunyai masalah, masalah beliau ialah rakan rumah mereka selalu bawak balik lelaki belum kawin ke rumah mereka. Jadi beliau ambil keputusan nak keluar. Betul atau tidak, Allahualam.

Beliau jugak cakap plan nak sewa 2 bilik lain, supaya tak mahal sangat bayaran bulanan. Saya ok je kalau nak sublet bilik, asalkan payment cantik.

Tapi rule pertama saya ialah saya akan pastikan beliau mampu untuk bayar bulanan terlebih dahulu, normally saya akan tanya kerja kat mana, berapa lama dah kerja , dulu belajar dekat mana, berapa tahun course tu buat, sometime saya cakap tempat parking satu je, untuk dapat tahu jenis kereta beliau.

Dari sini kita tahu berapa gaji beliau dan tentukan berapa gaji beliau dan boleh tentukan sama ada mampu tak bayar sewa bulanan.

Bila dah statify rule #1, baru boleh memudahkan urusan kemasukan. Bila dah usahakan, barulah tawakal.

InsyaAllah andainya beliau memang berniat nak sewa, beliau akan menyewakan rumah kita pada jangka masa panjang.

Selamat bercuti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *