Cara Saya Kenali Kekuatan Kewangan Sebelum Pohon Pinjaman

CARA SAYA KENALI KEKUATAN KEWANGAN SEBELUM POHON PINJAMAN

Sudah lama tidak update blog ini, benda yang hendak ditulisnya banyak cuma mood dan masa sahaja agak terhad . Malam ini saya hendak kongsi macam mana cara saya kenali kekuatan kewangan sebelum pohon sesuatu pinjaman.

Pengiraan Debt Service Ratio, DSR

Seperti yang sedia maklum, salah satu yang digunakan oleh bank untuk mengukur kekuatan kewangan seseorang ialah melalui pengiraan DSR. Saya tidak akan menghurai panjang sebab ramai sudah berkongsi tentang DSR, hanya google sahaja.

Secara ringkasnya, DSR = Net Commitment X 100% / (Income – Statutory Deduction).

Boleh download disini untuk template yang saya guna dan di submit kepada banker apabila memohon sesuatu pinjaman.

income-statement

Bagaimana saya gunakan

commited-credit

Kebiasaan saya akan cari rumah yang bayaran maksimum bulanan adalah separuh dari “Balance Allowable New Credit”. Contoh diatas ialah RM3600, jadi rumah yang saya hendak beli bayaran maksimum tidak melebihi RM1800 sebulan atau tidak melebihi pinjaman RM400K.

Maklumat tambahan

a) 5% daripada balance hutang kad credit dianggap commitment, sebagai contohnya kalau hutang kad kredit RM10K, sudah dianggap commitment sebanyak RM500

b) 3% daripada jumlah jualan syarikat milikkan tunggal dianggap pendapatan yang menjalan trading dan 5% untuk syarikat memberi servis, contoh syarikat anda membuat jualan sebanyak RM100K sebulan, maka bank akan anggap pendapat boleh guna sebagai 3% @ RM3K sahaja.

2 thoughts on “Cara Saya Kenali Kekuatan Kewangan Sebelum Pohon Pinjaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *