Cara Saya Naik Sewa Rumah Tanpa Penyewa Sedia Ada Marah

Cara Saya Naik Sewa Rumah Tanpa Penyewa Sedia Ada Marah

Lanjutan daripada post di facebook saya, adalah lebih baik , sedikit saya ulas bagaimana saya naikkan sewa rumah sewa tanpa penyewa sedia-ada marah.

Saya dapat rasakan ramai yang mempunyai masalah ini dan masih menyewa rumah anda pada kadar sewa yang lama kerana bimbang penyewa tidak senang hati.

Dilampirkan perbualan saya dengan salah seorang penyewa

naik-sewa-bual

Cara-cara Saya Naikkan Sewa

#1 ) Beritahu Seawal Yang Mungkin

Seperti perbualan di atas, saya beritahu bakal penyewa saya bahawa sewa akan dinaikkan setahun akan datang, seelok-eloknya sewa dinaikkan dua-tiga tahun sekali, jangan setiap tahun kerana nanti akan dilabelkan tuan rumah yang penting duit sahaja.

Waktu yang lain agak sesuai ialah apabila waktu tandatangi kontrak sewa dan beritahu bahawa sewa akan dinaikkan bagi kontrak baru . Kena tekankan bahawa akan dinaikkan mengikut pasaran semasa.

#2 ) Offer Penyewa Best-Deal

Langkah kedua ini selalunya tidak ramai tuan rumah lakukan. Untuk mendapat kepuasan hati penyewa sedia-ada tentang kenaikkan sewa, disarankan memberi sedikit offer agar beliau menyambung kontrak adalah pilihan terbaik.

Contoh perbualan diatas ialah saya memberi perbandingankan bawa sewa yang dinaikkan lebih murah harga pasaran. Sewa sekarang ialah RM950, sewa pasaran ialah RM1300 jadi saya offer kepada penyewa ialah RM1200.

Kenapa ? Saya berpendapat andainya beliau tidak jadi sambung kontrak lagi , beliau terpaksa menyewa di kawasan yang sama dengan harga lebih mahal dan tidak termasuk karenah pindah rumah.

Antara offer yang lain boleh diguna-pakai ialah
a) Masukkan satu barang baru seperti microwave, rak kasut, coffee table
b) Pasang Air-Conditioner atau Water Heater atau Water filter
c) Cat semula rumah
d) Dan macam-macam lagi, pastikan anda sudah mempunyai benda yang hendak di offer sebelum hendak beritahu penyewa tentang kenaikkan sewa

Sekian, harap like dan share post ini

One thought on “Cara Saya Naik Sewa Rumah Tanpa Penyewa Sedia Ada Marah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *