Hutang Kredit Kad + OD

HUTANG KREDIT KAD + OD

Tadi sebelum meeting ada orang tanyakan tentang lulus loan. Saya cakap kena buat planning pembelian dan setiap orang berbeza financially. Tidak perlu kita settle semua hutang dengan cash yang ada.

Contoh yang saya kasi ialah andainya seorang mempunyai hutang sebanyak RM20k dan hutang ini adalah dari 2 kad kredit. Dan beliau hendak beli rumah 200k++, bayaran bulanan RM1K.

Hutang kad kredit sudah diambil kira sebanyak 5% x RM20k = RM1k. Jadi ini sudah menyebabkan peratusan kelulusan berkurang.

Saya syorkan transfer hutang RM20k ini kedalam OD account, dan terminate 1 kad kredit, cuma tinggal 1 je. Dengan ini, bank calculate commitment sebanyak RM93 sahaja. Walaupun jumlah hutang beliau sama iaitu RM20k.

InsyaAllah, mudahlah loan beliau lulus untuk rumah tersebut.

Advance sikit, bila beliau dah beli dan masukkan perabut sikit dah boleh sewa pada harga RM1200.

Andainya beliau tiada masalah modal, maka beliau boleh 5 biji lagi atau lebih dengan guna process beli + sewa , dan beli lagi.

Kesimpulan : Cuba bayangkan ini baru satu pengurusan hutang di buat. Sama juga untuk hutang2 yang lain, perlukan perancangan.

Selamat Berpuasa

2 thoughts on “Hutang Kredit Kad + OD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *