Kalau Ada Ilmu Sedikit Pun

Andainya anda ada ilmu biar sedikit pun, lapangkan dada, ikhlaskan hati dan sampaikan ilmu pada sesiapa pun.

Tidak perlulah fikir untuk komersialkan atau boleh buat duit dengan ilmu tersebut. Walaupun ilmu itu rahsia kekayaan turun menurun.

Percaya atau tidak, Allah SWT akan mengantikan ilmu itu dengan sesuatu ilmu yang lebih advance. Mungkin ilmu yang advance membolehkan anda buat duit lebih banyak lagi. InsyaAllah.

Inilah pengelaman saya bila saya sampaikan. Bercurah curah ilmu baru saya dapat. Masha Allah, sehingga tidak terkata-kata kesyukurannya.

Ilmu baru ini disampaikan olehNya dalam berbagai bentuk, ada dalam bentuk mendengar masalah orang, ada yang terdetik di hati, ada datang dengan terlintas dihati untuk beli buku tepi jalan, ada dapat bila bersembang kosong dengan orang.

Jadikan ilmu yang anda sekarang, sebagai modal kepada ilmu yang lain. Tidak perlulah rasa bongkak, riak dan sombong dengan ilmu yang anda sekarang, bagi saya sesungguhnya, perasan ini bakal menutup ilmu yang lain.

Moga hari ini, anda dan saya lebih barokah lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *