Kalau Menjual Rumah

Kalau Menjual Rumah

Andainya hendak menjual rumah, janganlah serah kunci sebelum final disbursement dibuat atau pembayaran terakhir oleh pihak bank dibuat.

Walaupun kita sering dengar banyak investor saran agar memujuk tuan rumah menyerah rumah mereka terlebih dahulu apabila loan dah lulus supaya mereka dapat mengunakan masa itu untuk membuat renovation atau mencari penyewa bagi mengurungkan kerugian.

Tetapi perlu diingat, sebelum bank melunaskan final payment, terdapat beberapa process termasuk transfer of title, pemindahan original documnet daripada bank lama ke bank baru dan sebagainya. Kemungkinan besar process ini tersangkut.

Ada beberapa kes, yang mana kunci diberi awal dan pembeli telah pun membuat minor renovation. Oleh kerana process tidak go thru, penjualan terpaksa dibatalkan. Pembeli telah bawa kes ke makhamah , buat tuntutan keatas kerugian terutama kos renovation dan menang kes. Penjual terpaksa membayar pampasan sebanyak RM200k.

Selamat menjalan ibadah puasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *