Pengurusan Hutang : Cara Kurangkan Hutang Bulanan Dari RM3000 Sebulan Kepada RM0

Pengurusan Hutang  : Cara Kurangkan Hutang Bulanan Dari RM3000 Sebulan Kepada RM0

Ramai yang telah berjumpa dengan saya, menyatakan hasrat hendak mula membeli rumah sebagai pelaburan hartanah, namun ada segelintir yang stuck dengan kemampuan membuat pinjaman disebabkan terlalu banyak komitmen bulan yang perlu dibayar. Bagi saya perkara ini adalah normal dan banyak orang yang sedang menghadapi krisis ini saban hari disebabkan proses mendapat pinjamam terlalu mudah.

Hari ini saya hendak berkongsi cara saya bagaimana saya selesaikan masalah ‘over-commitment’ dan ‘fix it’ salah seorang yang berjumpa dengan saya, moga anda semua dapat mengunakan konsep yang sama sekiranya bersesuaian dengan anda.

Saya selalunya suka membuat pelan penyelesaian dan akan mengikuti pelan itu dengan sedikit perubahan di masa hadapan.

Latar Belakang Hutang

Hutang Bebanan Bulan Baki Remarks
Kereta RM767 RM27,600 Baki lagi 4 tahun
Hutang Peribadi RM608 RM43,800 Baki lagi 3 tahun
Kad Kredit RM1,000 RM20,000 5% dari baki
Hutang Aeon Kredit RM330 RM5,500
Hutang Installment 0% RM310 RM4,000
Jumlah RM3015 RM100,900  

 

Secara umum, beliau masih lagi hidup seperti biasa cuma beliau tidak boleh ‘move forward’. Saya kongsi pelan penyelesaian yang kebiasaan saya cadangkan.

Langkah #1 : Consolidate Hutang Sedia Ada

Kebiasaan langkah pertama ini penting dan bertujuan untuk memberi ruang supaya ada ruang untuk boleh bernafas. Jumlah keseluruhan hutang ialah RM100K, jadi saya cadangkan kepada beliau untuk mengambil personal loan sebanyak RM130K dengan Bank Islam atau Bank Rakyat.

Bayaran bulanan sebanyak RM RM1473 iaitu penjimatan sebanyak RM3015 – RM 1473 = RM1542 atau sebanyak  51% reduction.

Tips nya, masa pohon pinjaman peribadi beritahu banker tersebut untuk knock off hutang-hutang tersebut, cuma lebihan sebanyak RM30K beliau akan dapat.

Dengan langkah ini sahaja, beliau sudah boleh bernafas. Ramai yang diluar sana cukup anti dengan personal loan, bagi saya tidak, cuma kena bijak mengunakannya sahaja. Lagipun personal loan hanya mengambil masa lebih kurang  2 minggu sahaja untuk dapat loan.

Kepada bukan bekerja dengan GLC atau kerjaaan boleh dapat maklumat dengan bank Al Rahji

Langkah #2 : Cipta Bakul Asset Yang Boleh Berlindung

Selepas sebulan atau dua bulan, bolehlah meneruskan langkah kedua ini apabila CCRISS sudah bersih dari segala hutang di atas. Langkah ini, memerlukan beliau membeli hartanah, saya suggest membeli hartanah bernilai antara RM200K – RM250K, paling menarik ialah hartanah lelong atau hartanah basic yang tiada renovation. Modal awal boleh guna RM30K yang ada itu untuk membayar down payment dan lawyer.

Rumah ini hendak disewa fully furnished atau dengan sewa bilik fully furnished .Anggaran jumlah sewa yang dapat adalah RM1500 sebulan dan bayaran  bank ialah RM1,114 ( hartanah 250K), jadi terdapat lebihan RM386.

Secara umum, beliau sudah mengurangkan hutang lagi kepada, RM1473 – RM386 =  RM1087 atau sebanyak  64% daripada hutang asal atau lagi RM1926 ruang bernafas.

Langkah #3 : Berlindung Semua Hutang Dalam Asset

Pelan asal sebenar dengan membeli hartanah lagi dengan mengunakkan duit KWSP, cuma saya skip untuk ini. Langkah 3 ialah terpaksa tunggu antara 2-3 tahun supaya hartanah tersebut untuk meningkat kepada RM350 to RM400K, berdasar pengelaman hartanah dalam lingkup kemampuan mempunyai kenaikan cepat antara 15% to 30% setahun, secara purata 20%.

Caranya ialah bila nilai pasaran tersebut meningkat, maka keluarkan sedikit duit untuk membuat minor renovation seperti table top, kitchen cabinet, cornice dan  plaster syiling supaya memboleh penilai memberi nilai yang tinggi sedikit daripada basic. Kalau andainya anda tahu, kosnya amat rendah.

Maka langkah ini ialah refinance pada harga RM355K dan bayaran bulan ialah RM1757, maka anda dapat cash out sebanyak RM130K. Gunakanlah duit ini untuk membayar semua hutang peribadi sebanyak RM130K tadi.

Disebabkan sudah 2 tahun, kemungkinan besar nilai pasaran sewa sudah meningkat, katalah disewa pada harga RM1800,

Dengan ini jumlah bebanan hutang yang perlu beliau bayar ialah RM0, kerana jumlah bulanan sudah di bayar oleh penyewa dan semua hutangnya sudah disembunyikan dalam hartanah tersebut.

Langkah #4 : Move forward

Untuk move forward, beliau boleh guna hasil simpanan lebihan, account 2 EPF, bonus, personal loan untuk membeli hartanah berikutnya. Yang membeza ialah beliau atau anda ialah mengambil tindakan untuk sediakan pelan dan laksanakan pelan tersebut.

Moga hasil case study ini, dapat membuka mata-mata kawan kearah mencari jalan financial freedom.

Terima kasih dan selamat malam.

28 thoughts on “Pengurusan Hutang : Cara Kurangkan Hutang Bulanan Dari RM3000 Sebulan Kepada RM0

  1. MrJocko

    Soalan saya
    1. Dgn rekod hutang yg dah besar CCRIS RM3000++,
    Bank mana lagi yg boleh bagi pinjaman sehingga RM130k
    2. Dgn kes ini, saya anggarkan tangga gaji utk dptkan another 130k ialah sekitar RM6000,
    Setahun saya ramai antara kita mendapat gaji sekitar RM3000-RM4500 sahaja

    Reply
    1. Jamal Post author

      1) Guna tips, suruh bank auto knock off hutang, jadi bank tiada akan ambil kira commitment, boleh tanya bank islam or bank rakyat
      2) Yup betul, gaji beliau around RM5000 – 6000, kalau orang yang gaji RM3000, jumlah hutang pun tidak akan sampai RM100K

      Reply
      1. En Yaakub

        Mohon lebih pencerahan.. boleh ke buat personal loan smpai 100k++. Berapa syarat gaji nya? Atau nk kene mention psl knock off hutang pd bank br leh dpt loan byk tu?

        Reply
  2. salmi

    Assalam..saya ada big problem..terbeli service apartment suria laketown ..sekarang bayar buta je bulanan rm 900..bukit merah satu sen pun x byr balik…tanggung bebanan….apa cara saya nak settle beban mcm ni…rumah tu nak let go pun tak laku..semua org tak mau beli…tolong saya utk bernafas kembali..

    Reply
  3. MUHAMMAD FAIZ BIN ABD AZIZ

    Sy seorang tentera..
    Baru nak masok 6tahun berkhidmat
    Gaji basic rm1800.00
    Gaji bersih 1089.00
    Hutang koperasi+pernama=50.000.00
    Bulanan=650..
    Lagi 7tahun perlu dibayar
    Bujang..
    Boleh x sy nk pinjam dgn bank rakyat ntok setel kn hutang da stanby ntok duet kawen dan beli kereta

    Reply
  4. asari

    Saya oku punya hutang $250,000.00 dgn bank rakyat dan ambank. Saya sudah kene ctos dan ccris. Pendapatan $1300.00 sebulan. Bank nak sita rumah. Bank juga nak muflis kan saya. Saya punya rumah kos rendah $25,000.00 bantu saya

    Reply
    1. Jamal Post author

      Kes tuan ini, sudah last minutes. Normally cara saya perlukan perancangan dan masa. Mungkin tidak sempat nak implement

      Reply
  5. Cikda

    tentang langkah no 2, anda tidak menyebutkan kos furnishing rumah tersebut. Kos furnishing rumah mungkin makan 30k lagi duit jadi harus menyediakan lagi duit lebih sewaktu langkah pertama anggaran 60k.

    Reply
    1. Jamal Post author

      Jangan terlalu habiskan duit untuk renovate yang over, just berpada pada. Focus kepada yang menjadi sebahagian rumah. Paling kurang pun just cat baru sahaja.

      Reply
  6. Shazleena

    Sekiranya gaji sekitar rm3k, hutang blnn rm1.5k, jumlh hutang rm75k (rumah 20k-8thn,kereta 20k-3thn,personal debt 10k-2.5thn,Aeon 5k-1.5thn,ptptn 20k-5thn). Bagaimana caranya untuk selesaikan masalah ini sekiranya punca pendapatan seorang shj dgn tanggungan anak 1thn dan 5thn.

    Reply
  7. yaya

    Adakah cara ini sesuai utk org yg dah blacklist? Atau ada cara lain untuk mengurangkan hutang bulanan utk org yg blacklist..

    Reply
  8. mohd Hidayat

    Salam sy memang mengalami hutang lebih kurang sama tp boleh bt pinjaman personal loan ke. Oleh kerana kredit card sy telah daftar do AKPK

    Ada cara until apply personal loan

    Reply
  9. siti

    sangat berguna info ni. Sy tengah mencuba bertanyakan pada bank islam & bank rakyat sama ada mereka boleh bagi sy personal loan utk knock off hutang2 sy x..mmg sy bleh survive lg..but cannot move on bak kat abg jamal…hopefully it works…

    Reply
  10. Aidy

    Salam tuan,satu soalan berkenaan kaedah ini.Jikalau hanya berpendapatan rm2500 sebulan.Nak knock off hutang kereta and kredit kad.Komitmen bayaran bulanan utk kedua2 dalam lingkungan rm1000.Jikalau membuat personal loan rm100k,bayaran bulanan ke bank dalam lingkungan rm 1500 sebulan.kemudian perlu menunggu 2-3 bulan sebelum dapat membeli hartanah?

    Reply
    1. Jamal Post author

      Really bergantung dengan pengiraan, saya tidak galakkan buat personal loan 100K untuk gaji yang mana commitment bulanan melebih 20%-30% dari gaji..

      Reply
  11. Nora

    Assalammualaikum wbt.

    Pertamanya terima kasih atas perkongsian. Saya inginkan pandangan tuan untuk uruskan kewangan saya. Gaji saya bersih RM5600++. Hutang yang saya ada sekarang hutang rumah RM1000 sebulan dan ada 24 tahun lagi. Ada satu lagi rumah yang menjana pendapatan pasif positif RM300 sebulan. Hutang lain, pinjaman belajar MARA RM200 tiada interest dan masih berbaki RM 3000++ dan PTPTN RM 200 sebulan dan berbaki RM9000++. Setelah ditolak perbelanjaan duit masih berbaki RM2000. Simpanan di ASB lebih kurang RM70000. Saya mengamalkan penjimatan dalam berbelanja. Apa nasihat tuan untuk pelaburan yang selamat bagi kurang risiko.

    Reply
    1. Jamal Post author

      Keadaan puan/cik dah cukup bagus, saya suggest dapatkan ilmu terdahulu, sebab tiada pelaburan akan selamat walaupun dengan hartanah, hanya dengan ilmu akan membuat perbezaan selamat atau tidak

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *