Strategy Pinjaman Bagi Rumah Mahal

STRATEGY PINJAMAN BAGI RUMAH MAHAL.

Mulakan hari ini dengan Bismillah, saya hendak kongsi tentang cara saya bila pohon pinjaman yang jumlah yang besar.

Seperti yang sedia makluman, bukan setiap masa kita mempunyai duit dan ada masa bila kita sengkek, ada bila ada lebihan.

Strategy untuk pinjaman jumlah besar ialah dengan pohon full flexi loan. Seperti yang tersedia maklum, untuk full flexi loan kita akan dapat Overdraft facility dan buku cheque.

Untuk pengeluaran lebihan, hanya perlu sign your cheque, kemudian boleh lah withdraw duit lebihan itu.

Contohnya loan RM500k, 4.35%, 30 tahun, bayar sebulan RM2489. Dalam jumlah, sebenarnya RM1810 untuk bayar interest dan sebanyak RM679 digunakan bayar principal. Untuk makluman, principal ni kita boleh withdraw bila perlukan duit.

loan-besar-1

loan-besar-2

Bergantung dengan bank atau jenis agreement, ada benarkan bayar interest sahaja, jadi hanya bayar RM1810 sahaja dan ada yang tidak benarkan. Kalau pening, anggaplah bank tidak allow bayar interest only.

Jadi andainya anda tersesak pada sesuatu bulan, bolehlah widthraw principal ini, contohnya kes di atas, kalau 6 bulan, anda dah ada RM4k. Boleh keluar RM3k or RM4k dan kemudian masukkan kembali sebagai payment.

Maka cantiklah CCRISS anda. Hidup kena creative untuk senyum sepanjang hari.

Tips yang lain, kalau ada duit lebih dalam account saving, janganlah simpan situ, transfer la ke account loan overdraft itu. Al least bank nampak kita suka buat payment disamping kita jimat interest.

Happy Monday blues. .

4 thoughts on “Strategy Pinjaman Bagi Rumah Mahal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *