Sumber Modal Hartanah : Majikan Sebagai Ah Long, Dapat Rumah Percuma

Sumber Modal Hartanah : Majikan Sebagai Ah Long, Dapat Rumah Percuma

Lanjutan daripada post-post sebelum ini berkaitan jumlah duit yang diperlukan untuk membeli sebuah rumah dan kini pula mengenai sumber modal yang boleh diguna-pakai oleh anda.

Tajuk hari ini berkaitan sumber modal hartanah dari majikan. Seperti yang sedia maklum, kebanyakan majikan tempat anda kerja terutama Kerajaan dan syarikat besar menawarkan pakej pinjaman perumahan sehingga 100%. Ramai sudah tahu tetapi tidak ambil kesempatan ini.

Salah Satu Sumber Modal Hartanah Saya

Kebiasaan pekerja seperti saya pada pemulaan mempunyai masalah untuk membayar deposit bagi membeli rumah. Untuk makluman, salah satu sumber modal hartanah
keluarga saya juga mengunakan mengambil kesempatan Majikan sebagai Ah Long, isteri saya telah mengunakan untuk membeli sebuah condominium pada tahun 2004.

Bila dikemaskini tahun ini, saya masih lagi mempunyai kuota RM400K disebabkan masih belum mengunakan peluang ini dan isteri saya pula berbaki lagi RM200K.Harap dapat mengunakan sepenuhnya tahun ini.

Ini adalah sedikit maklumat andainya bekerja dengan Kerajaan.

pinjaman-kerajaan

p/s : saya tidak tahu tentang pinjaman perumahan kerajaan, jangan PM saya tentang ini

Halangan Kenapa Kebiasaan Ramai Tidak Mengunakannya?

Kebiasaan ramai tidak mengunakan kemudahan ini disebabkan kerana mereka

#1 – Kemungkinan besar belum terlintas hendak membeli rumah lagi

#2 – Berhajat hendak bertukar kerja lain.

Tahukah anda, andainya anda mempunyai rancangan untuk berhenti dalam 3 atau 4 tahun lagi dan Majikan anda mempunyai kemudahan pinjaman sehingga 90% atau 100%.

Maka anda boleh mengunakan kemudahan ini kerana apabila hendak berhenti kelak, anda boleh refinance atau menjual. Kebanyakan hartanah di Lembah Klang mempunyai unjuran kenaikan dalam 50% hingga 100% dalam masa 3 tahun.

Andainya membeli pada RM150K pada 3 tahun dulu, kemungkinan hartanah anda sudah RM300K pada waktu kini. Siapa nak kasi duit RM150K sebanyak itu.

Penutup

Harap post ini dapat membuka pintu minda kepada yang belum ambil kesempatan kemudahan disediakan ini lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *