Sumber Modal Hartanah : Pengeluaran KWSP

Sumber Modal Hartanah : Pengeluaran KWSP

Sudah lama saya tidak berkongsi tentang hartanah, malam ini saya hendak berkongsi sumber modal awal hartanah yang boleh anda gunakan dan menjadi favourite kebanyakan orang, iaitu pengeluaran KWSP.

Ada tiga cara yang boleh guna-pakai
1) Pengeluaran membina atau membeli rumah
2) Pengeluran pembayaran ansuran bulanan pinjaman rumah
3) Pengeluaran mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman rumah

Saya akan cuba terangkan bagaimana ketiga-tiga pengeluaran di atas boleh digunakan pakai untuk membeli rumah

# Cara 1 – Pengeluaran Membina atau Membeli Rumah

Pengeluaran cara ini paling famous dan lebih straight-forward, boleh layari untuk maklumat lanjut http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/member/withdrawal-to-purchase-a-house

Apa yang saya hendak tekan disini, jumlah yang boleh dikeluarkan adalah jumlah perbezaan pinjaman dengan harga rumah dan tambahan sebanyak 10% atau jumlah dalam akaun 2, yang mana paling rendah.

Tempoh pemprosesan ialah 1 bulan mengikut pengalaman saya seketika dahulu.

Dan juga dibenarkan pengeluaran daripada KWSP pasangan walaupun SNP tiada nama pasangan, cuma perlu lampirkan salinan sijil nikah.

Pembelian rumah yang kedua dibenarkan dengan syarat rumah pertama hendak dijual terlebih dahulu. Untuk maklumat lebih lagi, pergilah jumpa KWSP.

# Cara 2 – Pengeluran Pembayaran Ansuran Bulanan Pinjaman Rumah

Cara 2 telah pun saya kongsikan macam mana hendak diguna-pakai sebagai modal hartanah anda, sila layari untuk keterangan lebih detail.

http://jamallife.com/2013/hendak-melabur-tapi-duit-gaji-pun-cukup-cukup-untuk-hidup-sahaja-apa-nak-buat/

# Cara 3 – Pengeluaran Mengurang atau Menyelesaikan Baki Pinjaman Rumah

Cara ketiga ini amat sesuai apabila anda mengeluarkan duit KWSP untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah anda. Andainya keseluruhan pengeluaran tidak dapat menyelesaikan, maka disarankan agar menguna teknik cara 2.

Cara ini agak mudah, iaitu

i) Mengeluarkan KWSP untuk melangsaikan hutang rumah pertama, kebiasaanya diduduki oleh pemilik

ii) Kemudian remortage dengan full flexiloan atau Overdraft against Property, maka anda akan dapat standy credit, secara umumnya anda tidak perlu bayar apa-apa kepada bank andainya tiada pengeluaran dibuat. Bila anda sudah menjumpai rumah yang hendak dibeli maka buatlah pengeluaran, dan gunakan hasil sewa dari hartanah baru ini untuk membayar interest OD ini. Buatlah matematik secara bijak

Saya berjumpa dengan beberapa kenalan yang tiada modal untuk ‘move forward’ dalam bidang hartanah. Ada yang telah pun mengeluarkan KWSP menyelesaikan pinjaman perumahan bagi mengurangkan bayaran bulanan lebih kurang RM1000 sebulan.Alhamduliah, tanpa disedari beliau sudah ada standby credit RM400K untuk ‘move forward’ melalui teknik ini.

Advance teknik untuk cara 3

Andainya anda mempunyai company yang sudah berusia 2 tahun, maka buatlah Overdraft against Property. Kerana ia akan menjadi commitment company bukannya anda, jadi bolehlah memohon pinjaman lebih besar sedikit dan pinjaman mudah lulus kerana DSR sudah rendah. Disarankan memohon pinjaman berlainan bank untuk pinjaman perumahan anda terbaru agar tidak sama dengan bank yang memberi pinjaman overdraft company anda.

Sekian dan selamat malam

2 thoughts on “Sumber Modal Hartanah : Pengeluaran KWSP

  1. Azhar

    Salam,
    Waktu wife saya beli rumah dulu2,
    Atas nama Isteri dan letak nama saya sekali atas SPA tu..
    Dah buat pengeluaran KWSP akaun 2 waktu tu..

    Kalau sekarang nak keluarkan KWSP akaun 2 lagi utk kurangkan bayaran bulanan,
    Duit tu terus bayar ke Bank atau masuk ke akaun saya?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *