Saya Pun Terminate Pinjaman ASB

SAYA PUN TERMINATE PINJAMAN ASB

Salah satu debt consolidation yang saya buat awal tahun ini, ialah terminate semua ASB Loan. Yang menarik sekali, terima beberapa kali call dari Maybank tanya kenapa nak terminate. Terang cara simple, dia call lagi, terang maksud sebenar baru dia stop call.

Saya akui Pinjaman ASB ialah cara terbaik untuk force saving dan tetapi the worst investment option, dan saya masih lagi syorkan kepada yang yang tiada lagi pengetahuan tentang pelaburan, boleh buat Pinjaman ASB sebagai permulaan.

Antara sebab saya terminate

#1 : Ada beberapa bank yang tidak terima dividen ASB sebagai pendapatan dan hanya kira Pinjaman ASB sebagai komitment, disebabkan ketidak pastian ini menyebabkan perancangan saya menjadi terhad.

#2 : Saya sudah mempunyai perancangan yang boleh mendapat ROI melebihi 8% setahun.

#3 : Tidak berbaloi, keuntungan ASB hanyalah 7.5% dan kos ialah 6%, jadi keuntungan hanya 1.5% setahun. In short, penat sahaja lebih, untungnya ciput.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *