Susun Semula Hutang : Bayaran Bulanan Yang Sama, Tapi Untung Lebih Sikit

car-loan-personal-loan

Susun Semula Hutang : Bayaran Bulanan Yang Sama, Tapi Untung Lebih Sikit

Sempena hendak menyambut Syawal bakal menjelang tiba, saya hendak berkongsi sedikit tentang kebiasaan saya buat pada awal tahun iaitu rancang susun semula hutang (Debt Consolidation). Moga coretan ini boleh membawa manafaat kepada yang baru berjinak dengan  Personal Finance.

#1. Ketahui Hutang Sedia Ada

Bagi saya sebelum  boleh merancang “What to do next” adalah perlu kenali jumlah hutang sedia ada terutamanya berapa jumlah baki, bayaran bulanan dan jumlah tahun/bulan yang tinggal lagi.

Saya berpendapat , Pengurusan Hutang bukanlah bermakna kita perlu melangsaikan hutang dengan sekadar segera, tetapi hutang perlu diurus dengan bijak untuk pulangan yang maksima.

Berbalik kepada tajuk hari ini, saya hendak berkongsi  salah satu option Susun semula hutang yang saya dikenal pasti diawal tahun iaitu saya cuba susun semula hutang kereta dengan pinjaman peribadi.

#2. Latar Belakang Hutang Yang Hendak Di Susun

Pinjaman Kereta     : Bayaran bulanan RM1250, baki hutang RM40,000, baki tempoh 4 tahun

Pinjaman Peribadi  : RM100,000 untuk 10 tahun perlu membayar RM1200 sebulan

Untuk susun semula pinjaman kereta diatas, saya perlu mengambil pinjaman peribadi sebanyak RM100K, saya akan membuat full settlement hutang kereta sebanyak RM40K+ dan akan tinggal baki sebanyak RM60K.

#3. Beli Hartanah

Baki sebanyak RM60K saya gunakan untuk membeli rumah pangsapuri medium cost yang bernilai dalam lingkungan RM200K. Kemungkinan besar rumah yang bakal dibeli ialah rumah lelong.

Jumlah yang perlu dipinjam 70% : RM200K – 60K = 140K atau sebulan sebanyak RM803@5.6%

Kalau diikut pengelaman saya, dengan sedikit renovation dan touch up, saya dapat menyewakan dalam RM1000 sebulan. Baki cashflow RM1000 – RM803 = RM197 akan digunakan untuk membayar maintenance dan baiki kerosakan yang ada.

Untuk mendapat pulangan maksima lagi, anda boleh sewa mengikut bilik. Tetapi saya suka sewa satu rumah sebab mudah untuk uruskan.

#4. Bayaran Bulanan Tetap Sama

Kalau anda lihat setakat ini, jumlah bayaran bulan yang kena bayar adalah sama iaitu sekitar RM1200 sebulan, cuma jumlah tempoh bayar dipanjang dari 4 tahun kepada 10 tahun dan anda akan penat sedikit sebab perlu layan kerenah penyewa.

#5. Apa yang saya untung sebenarnya

Apa yang saya buat ini adalah sekadar perancangan berdasarkan pengelaman saya yang sebelum ini.

Mengikut pengelaman, harga rumah akan meningkat sedikit iaitu sekurang-kurangannya 50% dalam tempoh 3-5 tahun jika kalau rumah tersebut berada dalam harga “Mampu Milik” (Affordable).

Untuk makluman juga, apabila saya membuat pinjaman perumahan, saya akan mengambil insuran MRTA/MRTT (bukannya MLTA) dan dimasukkan dalam pinjaman.

#5-1 ) Untung Pertama

Andainya saya tidak membuat susun semula ini, apabila habis tempoh 4 tahun, saya hanya akan mendapat sebuah kereta ini, kemungkinan harga market value sekitar RM15K to RM20K.

Untung pertama ialah, pada akhir 4 tahun rumah itu, berkemungkinan berharga RM200K X 1.50 = RM300K, iaitu terdapat kenaikkan sebanyak RM100,000. Saya boleh menjual untuk mendapat RM300K-RM140K(pinjaman) = RM160K untuk selesaikan hutang peribadi yang bakal mempunyai balance RM66K selepas 4 tahun membayar.

Jadi untung bakal dapat ialah, RM160K – RM66K = RM94K dan sebuah kereta yang bernilai RM20K.

#5-2) Untung Kedua

Andainya dijemput Allah lebih awal, insurance MRTA/MRRT akan tolong bayar hutang rumah. Jumlah sewa sebanyak RM 1000 sebulan boleh digunakan untuk menyara yang masih hidup dan  kereta boleh digunakan kerana telah pun dibayar sepenuhnya diawal masa susun semula.

Andainya tidak berbuat apa-apa, kereta yang masih berhutang ini, akan ditarik oleh bank kerana tidak dibayar.

#6 Penutup

Kita hanya boleh merancang  sesuatu dan mengharapkan ia terjadi seperti yang dirancang. Moga anda dapat manafaat, walaupun bagaimanapun saya tidak galakkan first timer untuk mengunakan teknik ini, sebab kalau tidak diurus dengan betul, pinjaman peribadi boleh membawa keburukan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini, sempena bulan ramadanini, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan, memohon maaf zahir dan batin

Sekian,

Jamal

2 thoughts on “Susun Semula Hutang : Bayaran Bulanan Yang Sama, Tapi Untung Lebih Sikit

  1. siti

    Salam Tuan,

    Saya ingin mendapatkan pendapat tuan berkenaan menyelesaikan hutang dan dalam masa yang sama peluang pelaburan.

    saya dalam proses penjualan rumah dengan keuntungan bersih RM89k selepas ditolak baki hutang bank bagi pinjaman rumah tersebut.

    Profit: RM89k
    +—————–+
    RM40k – untuk renovate rumah ibu bapa.
    Baki selebihnya RM49k – saya berhasrat untuk melangsaikan beberapa hutang saya.

    Baki hutang:
    P.loan 1 = RM8,000 => Ansuran bulanan = RM325 (tempoh bayaran sehingga 2017)
    P.loan 2 = RM63,000 => Ansuran bulanan = RM640 (tempoh bayaran sehingga 2027)
    Kereta = RM31,000 => Ansuran bulanan = RM480 (tempoh bayaran hingga 2021)

    Oleh itu, saya ingin mendapat pandangan tuan sama ada baki RM49k itu sebaiknya saya settlekan dulu P.loan 1 dan kereta? kerana P.loan 2 mempunyai baki yang masih tinggi. Namun adakah cara yang lebih baik supaya saya dapat mengurangkan bebanan hutang saya ini sama ada dengan cara pelaburan?

    Harap dapat jawapan melalui email. Terima kasih.

    Reply
    1. Jamal Post author

      Normally saya guna konsep pecah dua atau tiga, 1 bahagian untuk settlekan hutang atau apa2, 1 atau 2 bahagian untuk reinvest lagi

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *