Akibat Bila Asyik Bawa Anak Uruskan Hal Rumah

BILA ASYIK BAWA ANAK BILA URUSKAN HAL RUMAH

Seminggu 2 kali saya akan hantar anak saya pergi tuisyen Kumon, apa yang menarik satu malam tu, secara spontan anak saya bertanya

Arissa  : Daddy, bila Arissa besar nanti, Daddy bagi kereta ini kat Arissa ye
Daddy  : Kenapa sayang, by time Arissa dah besar kereta ini dah buruk, dah tak sesuai lagi kot
Arissa  : Tak pa Daddy, sebab Arissa nak beli rumah besar, kereta pakai kereta ini jelah.
Daddy : Oooooo…

Bila saya dengar ini, sayalah orang paling gembira sekali, sebab bukan senang untuk tanam minat anak-anak tentang pelaburan hartanah.

Apa yang yang saya belajar malam tu, kita kena bawa anak kita untuk turut sama dalam urusan kerja atau berniaga untuk tanam minat mereka. Walaupun perkara itu kita tak sanggup anak kita lakukan sebab terlalu susah untuk mereka.Tetapi hasilnya memberansangkan

Kadang-kadang sebab itulah kita selalu nampak orang yang berniaga terutama kaum cina sering bawa bersama anak mereka tolong mereka berniaga, mungkin kerana hendak tanam minat anak tersebut untuk berniaga walaupun kalau buat sendiri lagi effisen.

Walaupun sebelum ini, anak saya banyak complaint tidak selesa atau tidak suka bila bawa mereka site visit rumah yang nak lelong atau rumah yang sedang renovate sebab pada masa tu rumah dalam masih keadaan tidak terurus, macam-macam bau ada.

One thought on “Akibat Bila Asyik Bawa Anak Uruskan Hal Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *