Formula Cara Pembelian Rumah Waktu Gawat

Formula Cara Pembelian Rumah Waktu Gawat

Banyak kawan-kawan tanya sesuai ke beli rumah tahun ni kerana rata-rata orang cakap jangan beli rumah tahun sebab harga rumah akan turun. Pagi ni saya nak kupas sedikit tentang cara pembelian rumah pada ekonomi gawat.

Fahami Dulu Elemen Rumah Di Waktu Gawat

Dalam pembelian rumah, ada dua element penting iaitu pinjaman perumahan dan harga hartanah yang dijual oleh penjual. Saya nak kupas sedikit dua element di waktu gawat

#1 Pinjaman di Waktu Gawat

Kalau kita imbas kembali, berdasarkan reaksi bank di waktu kemelesetan ekonomi pada tahun 1997-1999 dan 2007-2008. Antaranya

  • Bank telah memperketatkan kelulusan pinjaman, hanya bakal pinjaman yang mempunyai DSR yang rendah dan mempunyai rekod pembayaran yang cantik sahaja akan diterima
  • Bank juga menurunkan margin of finance, walaupun pada ketika itu 90%, dan diturunkan kepada 70%-80%
  • Kadar interest dinaikkan pada awal tahun kemelestan dan diturunkan pada akhir peringkat gawat

Dipendekkan cerita, memang susah untuk lulus pinjaman, banyak akan alami loan rejection

#2 Kesan Penjualan Rumah

a) Rumah Dalam pembinaan

Kalau diamati kembali, rumah yang paling terkena kesan pada waktu ini, ialah yang masih dalam pembinaan, terutamanya pembinaan dikawasan kurang demand atau projek perumahan baru dilancar pada awal era gawat, yang paling berbahaya kalau belum terjual habis lagi. Banyak kes terbengkalai disebabkan kes ini.

b) Rumah Secondary Market

Harga rumah akan mengalami sedikit penurunan disebabkan ramai hendak menjual tetapi pembeli tidak dapat pinjaman, antara sebab mereka hendak menjual ialah

  • Kehilangan kerja, kali ini banyak dari sector Oil & Gas akan disusuli sector perbankan dan servis industri
  • Orang business hendak cut-off perbelanjaan atau hendak dapat extra cash untuk top-up business beliau
  • Orang yang beli nak flipping untuk perlaburan waktu tidak gawat tetapi rumah baru siap dalam masa gawat

Jadi mereka semua hendak nak let-go pada harga murah sedikit, berdasarkan kes kemelesetan sebelum ini, ada yang sanggup jual harga 5%-20% murah dari harga pasaran.

Formula Beli Rumah Waktu Gawat

Bagi saya pembelian rumah pada waktu gawat ialah masa terbaik untuk membeli rumah, cuma perlu tahu rumah yang mana dan pada harga apa hendak dibeli.

Formula Beli Rumah waktu Gawat ialah 

  • Beli rumah yang siap dengan harga discount
  • Mark up harga jualan atas sedikit harga market
  • Jumlah bayaran bulanan hendak ½ daripada kelayakan kita supaya pinjaman senang lulus

a) Betul betul Nego, Cari Rumah Sudah 5 Tahun Usia

Pada gawat ini, kita boleh nego kaw-kaw dengan penjual, yang penting pasti beliau juga untung mungkin marginnya tidak besar seperti dalam perancangan beliau, kalau boleh cari rumah yang usianya 5 tahun ke atas kerana RPGT tidak dikena.

Cara hendak cari rumah ini ialah semak harga pasaran guna brickz.my  dan cari di mudah.my yang mana sudah 3 bulan masih belum dijual.

Cuba target 20%-30% lebih murah sebab rumah yang sudah usia 5 tahun kebawah kerana sudah mengalami kenaikkan melebihi 100% di lembah klang. Jadi untuk dapat diskaun yang besar tidak susah sangat. Diawal gawat, memang susah sikit penjual hendak let-go harga murah, tunggu di tengah kegawatan, maksudnya hujung tahun ini. Tetapi sudah boleh start dari sekarang.

b) Formula Mudah Lulus Pinjaman

#1 Separuh dari kelayakan

Dalam post2, sebelum ini sudah banyak diceritakan macam mana hendak mudah lulus pinjaman, boleh cari dan baca. Tapi perlu diingat, waktu gawat, pinjaman susah hendak lulus, jadi cuma target separuh daripada kelayakan. Contohnya kalau kita layak beli rumah dengan bayaran sebulan RM2000 sebulan, maka cari rumah yang bayaran hanyalah RM1000 sahaja.

#2 Tangguhkan dulu kehendak tukar baru

Terutama sebab awal tahun ini, ramai dapat bonus tahun lepas, kalau boleh tangguhkan dulu untuk rumah baru yang hendak duduk atau kehendak beli kereta baru. Anda akan rasa bersyukur kerana anda tangguh pembelian ini bila berakhir tempoh gawat.

Ini kerana permintaan dan harga rumah akan kembali meningkat, Dengan kenaikan harga ini anda boleh beli cash semua kehendak tahun ini

#3 Buat susun semula hutang

Panjangkan tempoh hutang atau selesaikan hutang-hutang kecil terlebih dahulu. Bolej baca post sebelum ini

#4 Cari partner untuk Joint-Venture

Kalau rasanya macam cukup sahaja nak lulus, dah boleh buat pasukan dengan adik-beradik untuk joint-loan, yang penting lulus dapat beli rumah.

Penutup

Sekian terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *