Lima Langkah Untuk Mendapat Penyewa Dengan Cepat : Teknik JamalLife

Lima Langkah Untuk Mendapat Penyewa Dengan Cepat : Teknik JamalLife

Lanjutan daripada facebook post saya berkaitan dengan seorang kawan saya yang menghadapi masalah untuk mendapat penyewa rumah bagi rumah sewa beliau di Kajang, yang mana rumah itu sudah dua bulan rumahnya tiada penyewa.

Benda yang paling best ialah selepas saya berkongsi cara saya, pada pagi esoknya, beliau ada sms sudah ada penyewa bayar deposit, walaupun saya tidak jangka secepat itu kerana selalunya kebanyakan orang bila diberi nasihat terutama yang free ini, diaorang ambil maklum sahaja. Tapi beliau terus BUAT , Alhamduliah happy ending.

Sebelum itu, saya minta maaf sebab ambil masa lama untuk buat posting ini selepas janji hendak buat kerana terdapat kekangan masa. Dalam 2-3 minggu ini, saya perlu siap dua buah rumah sewa yang mana ada penyewa sudah keluar.Alhamduliah kedua-duanya sudah ada penyewa, dan sewanya pun ada kenaikan, masing-masing 11% dan 19% kenaikan.

Disini saya pecahkan kepada 5 langkah yang perlu diikuti dengan mengunakan teknik ini. Ia bermula dengan Mindset Change

Langkah 1 – Tukar Mindset : Kena Anggap Sewa Rumah Macam Nak Jual Barang

Perkara yang pertama ia bermula dengan Tukar Mindset daripada mindset Tuan Rumah kepada Penjual Serbis Sewa Rumah. Hendaklah mengangap sewa rumah sama seperti serbis produk yang hendak dijual dan bakal penyewa adalah bakal pembeli.

Ia penting kerana dengan penukaran kepada penjual mindset akan tukar cara anda buat market analysis, cara anda iklan, cara anda layan customer dan cara berunding dengan bakal penyewa.

Langkah 2 – Fahami Kehendak Dan Cabaran Bakal Penyewa

Sebelum hendak iklan, kenalah buat kajian tentang

Siapa target bakal penyewa :

kena tahu target tempat kerja, selalunya kerja apa, berapa purata gaji tersebut, apa kenderaan yang bakal digunakanKebiasaannya : Bila kita tahu maklumat diatas kita sudah boleh draft bagaimana kita hendak sewa rumah kita, sama ada kosong, semi furnished atau fully furnished, sama ada sewa satu rumah, sewa bilik atau sewa ikut kepala.Kata kunci ialah kena jadikan harga sewa kita Mampu Sewa ( Affordabale).

Bukan kena kurangkan harga sewa, contohnya bila bayaran bulanan RM1500 sebulan, tetapi pasaran sewa situ hanya maksima sekitar RM 1000, mungkin pilih sewa bilik dengan sewa formula RM600 + RM500 + RM 400.

Kaji juga apa keinginan yang bakal penyewa hendak :

Kebiasaannya : Kebanyakan bakal penyewa ini hendak kan rumah bersih, ada parking untuk kereta. Bagi yang berkeluarga pula hendakkan ada table top dan kawasan dinner. Jadi kalau ada modal sedikit buatlah table top and kitchen cabinet. Sebenarnya macam-macam lagi yang diinginkan oleh bakal penyewa, cuba buat ‘role model’ , cuba imagine kalau anda ni bakal penyewa, apa yang ada hendak dan buat senarai dan buat priority. Selalunya paling penting ialah kebersihan dan tempat masak.

Apa cabaran yang dihadapi oleh bakal penyewa kalau hendak sewa

Antara cabaran seorang bakal penyewa ni selalunya :

  •  Bakal penyewa ialah tiada duit hendak bayar 2 bulan deposit sewa dan 1 bulan deposit utility.
  • Bakal penyewa ini lebih suka berurusan dengan tuan rumah sendiri daripada agent sebab takut ditipu atau agent terlalu push mereka untuk buat keputusan
  • Bakal penyewa ini kalau berunding semesti mereka hendak Menang dan rasa bangga bila dapat discount yang besar.
  • Bakal penyewa ini tidak mahu bayar benda yang mereka tidak faham contohnya security fee, disposal fee., parking deposit, sticker deposit dan lain2.

 

Langkah 3 – Sediakan Beberapa Pilihan Yang Bakal Digunakan

Berdasarkan langkah nombor 2, maka keluarkan senarai pilihan yang bakal digunakan semasa iklan untuk tarik mereka telefon atau sms. Antara pilihan saya guna ialah

  • Peruntukan diskaun sebanyak RM50 – 100 masa berunding, jadi siap-siap saya mark up harga sewa naik sikit. Tujuannya biar mereka rasa puas bila nego dengan kita
  • Peruntukkan untuk ½ bulan sewa untuk bulan pertama, terutamanya kalau sudah masuk minggu kedua
  • Peruntukkan untuk kurang deposit kepada 1 bulan sahaja dan deposit utility kepada ½ bulan sahaja
  • Cuba cat semula atau touch up cat sewa agar baru dan buang perabot lama dan buruk
  • Cuba tukar kipas dan lampu kepada lampu Nampak exclusive dan mahal
  • Sediakan table top dan kitchen cabinet
  • Keyword paling penting ialah Mudahkan Urusan Penyewa . Contohnya penyewa hanya bayar sewa, bill eletrik dan air sahaja. Yang lain saya bayar semula contohnya maintenance fee, disposal fee, security fee, parking sticker, parking deposit. Kadang-kerana kerana disposal yang charge RM5, kita suruh penyewa bayar membuat mereka tidak mahu menyewa dengan kita.

Sebenarnya banyak lagi pilihan boleh dikeluarkan, saya kongsi diatas yang mana saya selalu guna. Bukannya perlu guna semua hanya bila perlu sahaja. Andainya kalau kawasan rumah kita berada kawasan hot, tak perlu pun keluarkan pilihan diatas.

 Langkah 4 – Letak Magnet Penarik Dalam Iklan

Cara kita mengiklankan rumah unti disewa, hendaklah perlu memasukan element seperti cara iklan menjual barang. Iklan kita tidak perlu tulis terlalu banyak, biar simple dan point penting dimasukkan.

Sebelum iklan, kita kena tahu siapa target iklan kita sama ada agent atau bakal penyewa. Yang ini kena buat “split test” dan kena ikut urutannya.

Antara tips yang saya buat semasa ialah

Pengunaan gambar :

Tidak perlu untuk masukkan semua gambar yang kita ada, kita just letakkan gambar yang bakal penyewa hendak tengok, contohnya bentuk bangunan, ruang tamu, bilik tidur dapur, taman mainan, gym dan swimming pool.

Saya suka lebih gambar tandas untuk beritahu yang tandas saya bersih, jadi secara automatic rumah saya memang bersih. Jangan sekali-kali letak gambar kecil, gambar tempat yang belum kemas atau gambar yang kotor.

Pengunaan ayat tarikan :

Selalunya saya letak , WhatsApp/SMS Jamal (Owner) XXX-XXXXX , untuk beritahu bakal penyewa saya ini tuan rumah, jadi mereka akan lebih selesa untuk berurusan daripada agent.

Antara ayat tarikan ialah : Deposit hanya 1 sebulan

Pengunaan bahasa :

Kalau target kita orang melayu islam, saya guna bahasa melayu supaya bakal penyewa ni lebih tidak kekok untuk telefon kita.

Tempat iklan :

Kebiasaan saya guna mudah.my, tetapi paling berkesan ialah tampal iklan di notis board dalam kawasan pangsapuri.

Langkah 5 – Fokus Cabaran dan Kemahuan Bakal Penyewa Ketika Berdepan Dengan Penyewa

Perlu diingat jangan tumpu perbincangan kepada harga sewa rumah tetapi lebih kepada kemudahan dan lokasi rumah sewa.

Kepada yang bekerja, focus kepada jalan yang alternative yang boleh digunakan untuk pergi kerja, dan perlu dijawab secara jujur, contoh kalau penyewa jalan Jem ke tak?, kalau jem, jawab sahaja jem dan suggest alternative jalan yang boleh digunakan.

Begitu juga yang sudah berkeluarga, focus kepada pusat asuhan yang berdekatan, cadangan yang mana bagus.

Tanya juga kepada mereka, sudah berapa rumah mereka dah tengok, dan kenapa tidak sewa disana.

Tunjuk jugak kepada mereka yang cat rumah ni baru di cat, tunjukkan kitchen cabinet, table top. Kalau fully furnished, beritahu yang mana alat elektrik baru beli dan sebagainya.

Di penghujung barulah, bincangkan harga dan disinilah boleh guna pilihan diadakan diatas, bila kita hendak beri pilihan, selalu guna disebabkan mereka dan anda setuju berikan. Contohnya

  • Disebabkan pasangan itu baru kahwin atau baru dapat bayi, jadi saya beri 1 bulan deposit, atau kurangkan deposit ulitity kurang sedikit
  • Disebabkan baru dapat bekerja atau berpindah ke situ, jadi saya beri setengah bulan sewa untuk bulan pertama
  • Disebabkan mereka kerja balik lewat, saya bayar semua maintenance, security charge, disposal fee, parking deposit dan sebagainya
  • Yang paling famous ialah beri pilihan kepada mereka, kalau bayar sewa mahal sedikit, deposit hanya 1 bulan, dan sewa murah deposit 2 bulan

Perlu diingat, tidak perlu beri terlalu banyak diskaun duit, sebab apabila mereka telefon, mereka dah mampu untuk membayar pada harga itu, cuma mencuba kalau-kalau dapat murah lagi sikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *